Natural Gift

Aku pernah cakap macam nie dengan habi. Abang, bg setiap ibu bapa kan, mesti pd mata diorang anak diorang tu comel & yg seangkatan dengannya kan?. Kalau diorang tak rasa mcm tue, macam mana nak timbul kasih sayang pd anak tu? If kita rasa anak kita tue hodoh, busuk & sebagainya, takkan kita boleh nak sayang dia sepenuh hati & dengan tulus ikhlas. Takkan kita sanggup nak basuh berak kencing dia, lap hingus dia dengan tangan bila tak jumpa tisu & bersengkang mata bila dia asyik merengek sakit.

Dulu masa aku tengok kakak aku basuh berak anak dia or lap hingus anak dgn tangan, aku rase cam grossed jer. Hehehe. Tp aku yakin 1 hari nanti aku mesti boleh buat mcm dia buat tue. Dan ianya memang 1 kebolehan yg semulajadi right after bersalinkan Naurah. Aku rasa bukan aku sorang aje. Mesti ibu-ibu yang lain pon macam aku jugak kan? Kasih sayang pd anak tu melampaui segala batasan yg sebelum ini ada pd diri kita. Semua rasa geli, jijik, mengantuk dapat kita tolak ketepi demi anak.

Allah telah kurniakan perasaan yang satu ini pd para ibu khususnya. Ya, ada juga para ayah yang ada kebolehan istimewa nie. Aku tak nafikan. So siapa-siapa yg sudah bergelar ibu bapa memang bertuah dikurniakan kebolehan yg istimewa nie kan? Ingat senang ker nak ubah sikap seseorang manusia? Tp krn anak, kita dapat berubah dgn semulajadi & rela hati. Isn't it awesome?

Aku rasa korang dah biasa baca aku cerita tentang my older sister, Kak Ya. My sis nie masih lagi belum berkahwin. Dia nie penggeli gila orangnya. Pastu tak tahan dengan bau busuk. Kdg2 bau orang kentut pon dia boleh nak termuntah dah. Hahaha. Kelakar. Dia pernah ckp dgn aku, kalau la satu hari nanti dia berkahwin & ada anak, berak kencing anak dia nak soh pembantu rumah yg handle. Sbbnya dia tak rasa dia boleh manage benda2 mcm tue. Ntah nape aku rase mcm kejam jer pernyataan kakak aku tue. Pdhal masa tu aku masih belum kawen & ada anak pon lagi.

Tp aku ckp jugaklah dengan dia, alah....ramai orang yang ckp mcm ko nie. Tp bila dah tiba masanya, kita akan semulajadi dpt handle berak kencing muntah anak nih. Sbb rasa sayang kita pd anak tu melebihi segala-galanya. Itulah yg sgt istimewa dgn perasaan yg dihadirkan oleh Allah pd ibu bapa. Kak Ya ckp, maybe betul apa aku ckp tue. So just wait n see. Buktinya pd aku, ia sudah terjadi. Dan aku yakin if satu hari nanti Kak Ya ada anak, Insyallah dia pon akn dpt kebolehan istimewa mcm para ibu yang lain jugak. Aku nak sangat sangat tengok moment tu & dengar apa dia ckp time tu =) Insyallah, moga jodoh Kak Ya Allah permudah & dikurniakan anak-anak yg soleh & solehah. Amin.

Ini dia budak yg berjaya membuat aku berubah =P


Popular Posts