Ride On!

*kalo belikan ini je aci tak? huhuh =p
Lately ramai momma bloggers upload gambar anak-anak naik permainan yg macam-macam. Naik kereta, naik gajah, naik macam-macam lah lagi. Cam hepi jer aku tgk anak-anak diorang tu semua dpt naik benda alah tue. Senyum sampai ke telinga.

Sbnrnya aku pon kdg2 teringin jugak nak naikkan Naurah permainan2 tu semua. Kat mana2 pon senang jumpe. Cuma tinggal nk g bayar soh Naurah naik atau tak. As easy as that.

Sbnrnya aku berfikir banyak kali nak perkenalkan Naurah dgn benda2 mcm nie. Aku takot dia addicted. Setiap kali jumpe, mesti nak naik. Pastu tak cukup 1 kali, nak lagi main sampai nangis2. Sbbnya anak abang aku macam tue. Dah naik 3-4 kali pon nangis guling2 lagi nak naik benda alah tue. 

Aku kalau boleh mmg nak elakkan sgt2 kejadian anak menangis melalak-lalak pastu guling2 kat tempat awam. Sbb klu aku nampak situasi tu berlaku pd parents lain, rasa mcm kesian sgt. Nak salahkan budak pon, ape diorang tau? Diorang cuma nak happy. Bukan tau mak bapak dah pokai xde duit or nak cepat balik sebab ada tetamu nak datang.

So setakat nie aku & habi masih sepakat taknak perkenalkan Naurah dgn semua permainan2 kt tempat awam. Kalau bawak main2 mcm kt Critter Land or Mega Kidz tu takde hal. Tp yg jenis tunggang2 nie hah. Takot sgt2 perkara yg nk dielakkan tu akan jd pd aku & habi. Tak sanggupppppp!!!

Ingat  tak aku bg Naurah naik tea pot kat Tesco Nilai hari tue? Itu cuma naik gitu aje. Tak bg benda tu pusing2. Habi pusing2kan pakai tangan dia jer. Boleh? Haha. So Naurah takde perasaan sgt la. Stakat buat amek gambo. Itu pon Naurah dah pandai tunjuk2 dekat byk lg permainan2 yg ada kt situ. Bila dia nampak bdk2 lain naik pastu boleh pusing2, dia pon cam nak la kot. Cepat2 aku dukung dia bwk tempat lain. Huk huk. Serammm....

Masalahnya skrg nie aku rasa mcm aku sgt kejam pd Naurah. Huwaaaaa!!! Naurah suka ke naik benda2 mcm tue? Ibu & Ayah kejam ehh x bg Naurah naik? Huhuh...Sedih pulak aku rasa. T__T

Tp selagi boleh aku akn cuba bertahan dgn kptsn taknak Naurah merasa naik benda2 tu semua. Naurah main kat playground jelah ek? Ayah teman main gelongsor kesukaan Naurah tue. Naurah suka kannn?? Tak pon Naurah main kejar2 dgn Ibu sampai ke dapur. Best kan main2 mcm tue?

Tp kalau Naurah teringin jugak nak menunggang, nnti Ibu o som dgn Ayah sape yg nak kena jadi tunggangan. Naurah nak kami jd ape? Elephant? Horse? Lion? Nanti Ibu & Ayah buat bunyi macam2 spy Naurah dpt feel ok! Demi mu Naurah. Kami sanggup berlakon jd tunggangan. Jd jgn sedih2 lagi yer sayang. Ibu & Ayah tak kejam....

Popular Posts