We Was Robbed


Aku lupa nak cerita hari Sabtu malam Ahad yang lepas, rumah aku kecurian. Yep yepp. Berlaku kecurian di rumah kami. Pdhal kami ber-3 tido di ruang tamu malam tue. Tp lansong tak sedar. Aku pon tido agak lambat & selalu ulang alik kitchen kdg2 buat susu Naurah & kemas2 sikit ape yg patot since esoknya tak keje. So x kesahla tido tak cukup masa pon sbb siang klu bernasib baik dpt la terlelap barang 10-15 minit. Itu pon dah cukup heaven since ada anak kecik nie. Huhuh.

Pagi Ahad tu pagi2 lagi aku dah noticed pintu pagar rumah kami tak ditutup dengan betul. I bet habi punya kerjalah tue. Nak cepat tutup gaknya. Lagi pon gate tue mmg problem sket nak tutup. Alignment sudah lari atr 2 daun pintunya. Trick utk menutupnya hanya org yg dah biasa buka tutup yg tahu. Aku, habi & MIL =B

Suddenly dlm pukul 10pagi after habi bawak keluar Naurah main2 kat yard kecik depan rumah tue, dia ckp ngn aku ada org masok curi kasut rumah kita malam td. Hahh? Ye ker? Kasut apa yg hilang? Boot bola abang & kasut futsal. Rasanya itu je yang hilang kata habi. Aku pon terus check kasut2 aku & syukur semuanya ada. Pencuri aim kasut yg dia rasa ada nilai nak jual jer gaknye.

Kasut high heel Bata aku beli masa nak attend dinner company last year tak berusik. Pdhal kilat2 lagi you. Huhu. Begitu jugak sandal Crocodile yg hari2 aku tibai g opis & berjalan merata. Masih setia di tempatnya. Sandal Crocodile habi hadiah besday dari aku pon masih ada. Syukur. Dlm gelap2 tu pencuri main capai apa yg cepat dia nampak je gaknye. Pastu tergesa-gesa. Tak sempat nk telek satu2 jenamanya. Hahaha.

Eventho aku tak terkesan sgt sbb takde kasut2 aku yg hilang, aku rasa takut jugak membayangkan pencuri berada dekat saja dgn kami mlm td. Dlm pd aku gelakkan habi di atas kehilangan kasut2nya tue, terselit jugak perasaan simpati. Maybe mahal jugak harga2 kasut2 dia tue. Tp aku lg suka sakat dia ckp itu tanda no more football & futsal after this. Its a sign for him. Sila insafkan diri pergi solat jemaah di masjid yg hanya 5 minit drive dr rumah. Boleh? Haha. In my dreams....la la la la....

Mmg semenjak 2 menjak nie kecoh ttg cerita2 kecurian di taman kami & taman2 bersebelahan. Ada yg kena rompak, samun, malah dengar cerita ada ppn yg di rogol. Nauzubillahi min zalik. Seram kami mendengarnya. Setakat ini aku andaikan kami masih bernasib baik krn hanya kecurian kasut. But who knows what will be happen in the future? Mungkin nasib kami tidak sebaik ini lagi.

Kecurian kasut nie membuatkan kami lebih berhati-hati skrg. Aku sudah kemas semua kasut2 berhabuk yg tidak berguna & humban dlm peti tong sampah. Sudah kemas shoe rack itu skrg. Ada hikmahnya juga. Pintu kereta yg selama ini selalu habi biarkan tak berkunci (kerja gila!) pon stp malam di pastikan kunci. Dua2 kereta kami x guna remote lock. Lebih selesa dgn manual lock.

Dan FIL pesan spy lampu depan rumah di nyalakan hingga ke pagi. Sbg langkah berjaga-jaga. So kami ikut saja saranannya. My in law pon risau bila dgr tentang kecurian kasut habi tue. Maklumlah sorang cucu kesayangan pon tinggal di rumah itu. Diorang pon seram sejuk dgr pencuri dah berada sgt dekat dgn kami agaknya.

Skrg tido malam di bilik atas, safety gate Naurah spt menjadi perisai juga di depan pintu master bedroom kami. Pintu bilik juga habi pastikan di lock. Aku tgh memikirkan utk beli lock gate yg mudah utk kami buka & kunci setiap hari. Mangga biasa kurang praktikal sbb leceh. Maybe boleh tiru jiran sebelah rumah kami yg menggunakan kunci rantai basikal pd gate rumahnya. Nampak lebih praktikal sbg ciri2 keselamatan tambahan. Insyallah, in the near future, we will buy.

Moga Allah sentiasa lindungi kami sekeluarga dr segala mala petaka & bala bencana. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat