Black Mud Soap - My Review


To all my blog readers out there, today I want to share with all of you about Black Mud Soap as in the picture above. Tak menahan pagi2 tulis omputeh. Ntah betol ntah tak tatabahasa bagai. Hik hik =B

Bagi sesiapa yang memang pembaca setia blog tak semenggah aku nie, adakah anda masih ingat tentang bebelan aku berkenaan kulit Naurah yang super sensitive itu? Yep. Budak Naurah tue memang sedari dari dilahirkan sehinggalah sekarang merupakan penghidap eczema. Kulit tak boleh kering. Mulalah rashes yang super jahat menjelma. Korang pon mesti dah biasa tengok aku upload gambo dak cik tu dengan kulit muka dok merah2 tue kan? Aku pon dah lama pasrah tentang perkara nie. Layankan jelah.

Bila kulit dah selalu naik rashes yg ngeri tue, maka tompok2 hitam bekas rashes tu memanglah menyedihkan hati ibu mahupun ayah Naurah apb melihatnya. Sayang sungguh kulit yg halus mulus tue ada dark spots yg sangat susah nak hilang. I bet for childrens yang tak ada eczema but bila di geget nyamok jahat ada juga meninggalkan dark spots kan? Cthnya mcm anak Ann si Kaisya. Aku terbukak hati nak buat entry nie bila Ann tanya camne kulit Naurah dah takde dark spots tu eh? Pastu dia pon tunjuklah tangan Kaisya yg ada agak byk jugaklah dark spots. Itu semua hasil kerja nyamok jahat la tue. Sape lagi kan?

Makanya aku pun ceritalah yg aku gunakan produk di atas. Black Mud Soap yang di beli di Cosway dengan harga RM8.90 sahaja. Sabun dari laut mati nie di suggest oleh Doctor Amaludin yg ada part time slot kat An Nur Specialist kat klinik kanak-kanak. Kalau doc Khairul or Arbaiyah cuti ker hape, selalunya dialah yang ganti. Dan dia juga merupakan tenaga pengajar di Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS). Evyn kenal lah doc Amal nie sbb dia kan kerja kt CUCMS. Kan Evyn kann? Hehe.

Doc Amal suggest soh gunakan sabun tue kat Naurah bila dia tahu yang Naurah mmg ada eczema yg selalunya mmg akan meninggalkan banyak dark spots. Aku tanya la nak beli kt mane sabun tu eh? Dia kata kat Cosway ada. So akhir bulan Februari lepas kalau tak silap aku, belilah sabun tu kat Cosway Tesco Nilai. Rupanya murah aje. Lagi murah dari sabun Seba Med. Keh kehh. So bermula hari itu, since pagi2 aku dah mandikan Naurah sebelum hantar dia ke nursery bila dia genap 1 tahun, aku pon sental la kulit budak tue dengan Black Mud Soap setiap pagi. Kat nursery, Naurah tetap pakai mandian Cetaphil yang memang bagus utk melembabkan kulit. Kira sehari sekali jelah Naurah guna sabun tue. Tp itu pon skrg dah boleh nampak kesannya. Terbaekk!!! =D

Last month masa my dad kena tahan wad kat HUKM, dia pon tegur kulit Naurah dah bersih. My mom & my sister pon sama. Makanya semua pakat borong sabun Black Mud Soap bila g jalan2 kat Tesco after Abah keluar wad. Hehehe. 

So para ibu-ibu & bapak-bapak (ade ke bace blog aku nie?) sekalian, sekiranya anak anda mempunyai masalah dark spots di seluruh badan akibat gegetan nyamok jahat or eczema, bolehlah cuba Black Mud Soap dari Cosway nie yer. Insyallah, kulit anak anda akan jadi putih bersih bak bayi baru dilahirkan. Cam over lak tulis mcm nie. Hahaha. Sharing is caring.

Toodles =)


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat