Dugaan Lagi

Mood ke laut sungguh sejak menerima kejutan dengan kesihatan Naurah weekend lepas. Rasa macam dah tak reti nak merepek meraban tak tentu hala macam sebelum-sebelum nie. Siryes rase macam dah jadi orang skema. Tak reti nak ha-hu he-ho bagai. Aku dah jadi manusia yang boring meh? T_T

Sorry kpd anda-anda yang request utk tahu cerita detail ttg Naurah & how to handle fits etc. Semua pertanyaan korang tue ada dalam otak aku. Tapi aku belum bersedia nak keluarkan menjadikannya dalam bentuk tulisan. Kalau boleh aku taknak ingat lagi kejadian tue tapi aku rasa mcm manusia yg sgt mementingkan diri sendiri. Aku bukan org macam tue.

So aku harap korang semua bagi aku masa utk cool down dulu. Seperti yang aku janjikan dlm entry sebelum nie, Insyallah by next week akan ada entry yg anda semua tunggu-tunggu tue. Kronologi Naurah diserang fits & a few tips by doctor on how to handle fits of your child when at home. Nantikan yea =)

Semalam sbnrnya on the way balik ke rumah PIL, habi dpt call from my FIL mengatakan badan Naurah panas semula. Ya Allah, belum berakhir rupanya episod duka kesihatan Naurah nie. Aku & habi sgt risau bila terima berita tu & habi speed the car for us to arrive asap.

Sampai-sampai je tgk Naurah aktif bebel-bebel main-main dalam bilik PIL. Sambil-sambil MIL basahkan badan & kepala Naurah dengan air. Aku tengok perut Naurah macam kembung sikit. PIL ckp dah sejuk sikit tp aku tetap susah hati sbb masa 1st time Naurah kena fits pon dia aktif aje. Tp panas dalam kita tak tahu. Aku mmg buat muka siryes jelah time tu. Susah hati beb! PIL macam nak legakan hati aku & habi ckp takde apa-apa lah nie tapi aku tetap buat muka siryes sbb aku dah mengalaminya. Aku tahu Naurah tak ok eventho dah bagi ubat makan tuh.

Habi amek Naurah & kitorang decided bagi ubat angin sebab perut Naurah keras berbanding biasa. PIL ckp sbb baru lepas minum susu. Ishh..takkanlah keras sampai macam tu sekali? Macam bloated gitu kalo tengok luarannya. Lepas bagi ubat aku bawak naik atas & masa dukung Naurah tu banyak gila angin keluar. Sampai bunyi-bunyi dari badan dia. Keluar lalu mulut & montot. Baru budak tu nampak lega. Patut la badan dia panas. Kembung rupanya. Habi cecepat g beli ear thermometer kt farmasi berdekatan & bila di ambil reading, 37.8. Sah. Demam! =(

Tak berlengah aku masukkan ubat montot & 1 hour later ambil reading dah normal 36.9. Lega. PIL cerita yg diorang semalam bawak Naurah keluar jalan-jalan pergi Tesco pastu bagi Naurah naik motor dengan Pak Long (anak Mak Andak) dia. Pastu main2 kat luar rumah sampai nak masuk Maghrib. Diorang ingat Naurah dah betul-betul sihat sebab budak tu nampak aktif je. Hmmph. 

Aku cakap la yg Naurah sejak dah jd toddler nie mmg aktif je eventho dia demam. Energy banyak gaknye. Tp panas dalam badan kita tak tahu. Masa dia kena fits hari tu pon aktif jer. Tak pasal2 kena fits. Cenggane tu? Aku macam ada kesal sikitlah sebab PIL macam ambil ringan tentang kesihatan Naurah. Maybe sbb diorang tak nampak depan mata masa Naurah kena fits hari tue. Diorang tak berada di tempat aku & habi.

Aku taklah salahkan PIL pasal fever Naurah datang semula. Tapi aku bajet Naurah dijaga dengan baik by my MIL yg sanggup ambil cuti utk jaga cucu. Tahu yang Naurah tu jenis budak yang super sensitif. Satu lagi yang aku tak suka bila balik rumah PIL, diorang suka bawak Naurah jalan-jalan bila dah petang-petang sangat. Kadang-kadang 6.30pm bawak keluar sampai la azan Maghrib berkumandang. Masa tu pon selalunya masih kat rumah mak sedara habi, Andak. Pas azan baru hegeh-hegeh bawak budak tu balik. Tak berkenan betul aku part nie. 

Tak elok siot bwk budak kecik keluar rumah waktu senja-senja gitu. Time tu kan waktu syaiton-syaitonn keluar bermaharaja lela. Buatnya diorang berkenan kat Naurah yg dok kat luar senja2 gitu, tak ke carik nahas namanya tu? So mlm td aku cakap la dengan habi ketakpuasan hati aku tentang perkara nie. Bab kesihatan Naurah, aku memang tak boleh nak tolerate. If sebelum nie aku diam, this time aku taknak ambil risiko. Plus aku sangat tak suka sebenarnya bagi Naurah naik motor. Tapi apakan daya kejadian berlaku masa aku tak ada kat sana. So benda pun dah jadi. What more can I say?

Aku rasa habi pon faham kenapa aku outspoken kali nie. And dia pon kind of agreed dengan penjelasan aku. Aku pasti dia faham sbb kami sama-sama handle keadaan Naurah masa kena fits hari tue. Cuma aku lebih sikitlah sbb aku yg nampak betul2 masa Naurah kejang & biru semua tue T_T Aku tak kisah org nak cakap aku exaggerate ker hape pasal nie. Lantaklah. Gasak. Naurah anak aku & aku berhak plan yang terbaik bg diri aku utk dia. I am her mother & no mother like to see her child in suffer.

Apa-apa pun benda dah berlaku. Aku cuma harap PIL lebih berhati-hati lepas kejadian nie. Jangan ambil ringan dengan kesihatan Naurah walaupun dia nampak aktif. Aku harap diorang dah semakin faham tentang keadaan Naurah skrg. Cannot blame diorang sepenuhnya jugak sbb diorang tak tahu kan? Moga semua yg sayang sama Naurah aware dgn kesihatan bdk tu skrg. Dan harap habi dapat back up & tolong aku everytime diorang nak jalan2 rumah Andak petang2 sgt. Nak pegi, awal la sikit. Balik b4 7.00pm. Klu b4 6.30pm pon lagi bagus. Consider la sikit budak tu kecik lagi. Kite yg tua bangka nie mmg la ok aje.  

Dan perlu ke naik motor petang2 round kampong? Budak tu tak teringin pon sgt. So jangan di ajar. Nanti jadi kebiasaan.  Rumah kami pun takde motor. Habi tak pandai bawak. Aku takde lesen motor.Yg merananya bila sakit budak tu jugak. Kami jugak ibu bapanya yg risau separuh mati. Hmmm....

Susah kalau hal-hal yg melibatkan PIL nih. Nak cakap banyak, takot di chop kurang ajar pulak. Memang harap back up habi jelah kalau bab-bab nie. Alhamdulillah dia selalunya boleh di harap. Syukur.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat