Future Holiday

I cannot wait for the time to come. Asyik menghitung waktu saja. Fikir nak jalan-jalan kat mana, nak beli apa & macam-macam lagi lah. Seriau jugak mengenangkan yang Naurah akan naik flight for the first time. Tak tahu penerimaan dia macam mana masa kat atas tue. Harapnya cuaca masa tu nanti baik jer. Takde gegar-gegar sangat. Biar ianya menjadi pengalaman yang indah buat dia. Senang nak bawak pergi holiday jauh-jauh sikit lepas nie. 

Nanti boleh la buatkan passport untuk Naurah pulak. Kesian passport aku & hubby dah lama tak berchop dari negara lain. Rugi ohh buat passport mahal-mahal pastu tak guna. Semalam dapat info from Jiha tentang nak buat passport yang hanya memerlukan RM100 utk valid selama 2 tahun. Kira murah dah tu kan? Dulu tetap kena RM300 utk 5 tahun. Sekarang dah ada option. So takdelah rasa terbeban sgt dgn $ bila nak buat passport sekarang nie.

Ini juga pertama kali bagi aku & habi naik flight Air Asia. Sebelum nie kami pernah naik MAS jer. Ohh..habi maybe pernah naik Gulf Air kot masa pergi menunaikan Haji dulu. Ahh..kalau ingat pasal dia dah pernah nampak Kaabah depan mata, menjeles tak sudah aku sampai sekarang T_T. Dia telah mendapat jemputan dari Allah untuk menjadi tetamu-Nya pd usia yang boleh dikatakan muda. Siapa yang tak jeles kan? Aku harap tak lama lagi aku pun berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Perancangan tu memang sudah lama ada. Dah biasa diskas dgn habi. Insyallah, akan tiba masanya satu hari nanti =)

Ok ok. Balik pd cerita nak pergi holiday semula =B

Memandangkan pakej flight & hotel yang ditawarkan oleh Air Asia adalah sangat berpatutan dengan bajet kami, makanya kami memilih Air Asia utk pergi holiday kali ini. Nak merasa jelah senang cakap. Lepas nie maybe boleh try Firefly pulak. Tp jauh pulak nak ke Subang yer. Klu setakat KLIA or LCCT, dari rumah kami dalam 15 minit perjalanan jer. Best. Best =)

Untungnya Naurah umur 1 tahun lebih jer dah dapat naik flight. Aku umur 20+ baru merasa. Dulu naik flight nie dikira macam pengangkutan utk orang-orang yang banyak duit jer. Hebat gile kalau pernah naik flight masa zaman aku muda remaja dulu. Aku ingat lagi masa hantar Kak Ya kat Senai Airport utk dia ke KL sebelum ambil flight ke Melbourne, Australia utk further study di sana. 

Kat Felda tu memang gempak gile lah kalau ada anak-anak Peneroka dapat further study oversea. Dalam 3-4 orang jer anak Felda yg berjaya study oversea masa tue. Bangga gila wo parents yg ada anak bijak laksana nih. Alhamdulillah my parents termasuk dalam senarainya. My parents sanggup bergolok bergadai utk memastikan Kak Ya dapat further study kat sane. Aku masih ingat lagi betapa susahnya keadaan kami waktu tue. Sedih sbb pengurusan Felda yang lansung tak membantu dlm persediaan utk Kak Ya ke sana. Begitu juga dengan penerimaan sesetengah masyarakat Felda yg memperlekeh & mempersendakan kebolehan Kak Ya & kemampuan my parents.  

Abah & Mak pekakkan telinga & cekalkan hati menghadapi pelbagai dugaan dlm misi menghantar Kak Ya ke oversea. Mereka bertekad utk berjuang berhabis-habisan utk hantar Kak Ya ke sana. Alhamdulillah segala pengorbanan mereka 1 masa dahulu utk Kak Ya telah pun mendapat balasan yg setimpal dari tuan empunya diri. Eventho Kak Ya merupakan anak ke-2 dr 7 adik beradik, dia laksana ketua kpd kami semua. Segala hal berkaitan keluarga, mesti di rujuk pd dia dulu. Pendapatnya sangat penting sebelum apa-apa keputusan dibuat. She is the jewel in our family.

Rezeki my parents mendapat anak yang bijak laksana & baik hati macam Kak Ya =) Eventho diorang sekolah tak tinggi mana, Allah beri rezeki dgn memberikan anak-anak yg berotak cergas. Allah itu Maha Adil.

Masa aku tengok kapal terbang berlepas dari landasannya waktu tue, aku terfikir bila lah aku nak naik benda alah tue. Nak harap dpt study oversea, dalam mimpi pon aku tak berani nak mimpi. Hehehe. So aku cepat-cepat simpan jauh dlm sudut hati impian nak dapat naik kapal terbang. Bukan best sgt pon impian aku tue kan? Hahaha. 

Alhamdulillah, di atas ehsan Kak Ya juga sedikit sebanyak, aku berjaya naik kapal terbang buat pertama kalinya semasa bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam pd tahun 2009.  Awal bulan 5 aku pergi, tengah bulan 5 aku nikah. Best tak? Best tak? Macam 2 impian menjadi kenyataan dalam masa 1 bulan sahaja. Sedangkan bbrp bulan sebelum tue, aku sedang meratap menangis dgn kegagalan cinta pertama. Allah Maha Besar.

Padahal aku cuma nak cerita psl holiday next month jer masa awal-awal tulis entry nie tadi. Melalut banyak pulak jadinya. Dasar suke merepek meraban mmg macam tuelah kan? =B

Happy Friday to all of you & have a nice weekend everybody!! =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat