House Deco Lagi

photo canvas

Aku skrg nie agak tengah gila nak men'deco' rumah saje. Mentang2 perabot idaman dah tersergam indah kan? Wahaha. Malangnya the mirror belum bergantung lagi di dinding rumah. Biasalah habi tuh. Kalau bab nak menggantung nie mmg payoh beno nak harapkan dia buat cecepat. Yer yer aku beli bagai2 benda hiasan buat gantung, last2 tersadai dlm bilik stor kt atas nu. Tension woh! =.=

table runner

Semalam pergi Mydin beli Drypers, pastu g Family Mart beli susu Anmum kat nursery dah habis. Pastu terus g Metro Point, Kajang. Kat mane lagi kan. Romantika lahhh. Pergh. Situ mmg heaven oh kalau nak carik brg2 utk deco rumah nie. Rambang mata giler aku semalam. Hasilnya tahap beratus hengget jugaklah duit aku melayang T_T Habi cume sponsor beli table runner jer 10 hengget. Bisa? Grrrr....tiba2 rasa mcm nak makan orang.

ala2 chest drawer & mirror mcm nie

Apa yg aku beli ialah 2 gambar gantung kat dinding. 1 besar (gmbr pemandangan) utk gantung kt depan wall meja makan tetamu. 1 lagi gambo pasu bunga bungaan medium size utk gantung kat dinding ruang solat kat tingkat atas. Gambar2 nie style photo canvas jer. Taste moden sket ahh. Aku bab deco rumah mmg suke jenis modern & simple. Tak suka byk2 sgt perhiasan sampai nampak serabut. Less is more. Tp tetap nak manfaatkan setiap ruang yg kosong. Tp in a very simple way kata org. Asal rumah nampak berseri sikit sudah. Biar sedap mata memandang. Hehe.

Pastu aku beli gubahan bunga yg dah siap, porcelain alas tempat letak bunga tuh & porcelain yg ada 3 tempat memberikan aku idea utk letak kunci kereta, rumah etc kt atasnya. Yg ini semuanya utk diletak atas chest drawer yg aku beli hari tue yer. Yg plus the mirror yg masih belom digantung tuh. Habi janji petang nie dia settlekan gantung2 semua tue. So hrpnya esok aku dah boleh publish gambo bagi korang tengok hasil deco dr org yg tak berseni nie yer =)

bunga yg digubah

Serius kedai Romantika nih tempat tuju aku yg pertama utk deco2 nih. Harga dia pon murah tau. Mak mertua aku terkojot bila aku ckp gubahan bunga yg sweet tu berharga RM20 shj. Tak payah nk pegi Nilai 3 tuh. Sana lg harga mahal2 tau klu bunga dah siap gubah. Aku recommend g Romantika jer. Aku rasa nk letak lg 1 brg hiasan atas chest drawer tue sbb nmpk mcm ada ruang kosong lg. Panjang sket drawer tue. Dah aim  1 benda tu kt Romantika. Next time nak pegi lagi beli. Tak pun blh letak bingkai gambar gambo Naurah jer. Msti sweet jugak kan? Hehe. Tak sabo =D

Akhirnya selepas 2 tahun duduk kt rumah tue, semakin lengkap sesi deco yg aku impikan. Aku nie bukan byk duit sgt. So mmg amek masa sikitlah nk dptkan brg2 yg diidamkan. Aku lebih suka bersabar & dpt brg2 yg aku puas hati membelinya. Sbb aku fikir brg nak pakai lama. So pricey la sket kan? Sbb duit x selalu ada lebih, maka kene menabung or tggu bonus setahun sekali tuh. Thats y byk yg tertangguh. Apa2 pun penantian yg agak menyeksakan tu berbaloi bila dapat direalisasikan. Itu yg bisa membuat aku selalu tersenyum & tido dengan lena sepanjang malam. Hahahah =B ayat tak menahannnn ^_^

pasu sarawak

Bulan April nie sesi mendeco rumah. Bulan depan sesi bercuti-cuti Malaysia pulak. Sambil bercuti, aku dah ckp ngn habi nak do some shopping kt bumi kenyalang tuh. Nak beli tikar sarawak, nak beli pasu sarawak. Banyak dah dlm list shopping aku nih. Tp itu semua bergantung pd bajet jugaklah kan? Entah2 x dpt beli apa2 pong...hahahha. Duit bonus dah yillek after simpan dlm tabung haji hari tue. Selamat dh dalam sana. Selagi ada dlm maybank yg boleh maybank2u tuh, selagi tu sesi shopping aku xkan habis. Nama pon perempuan =p

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat