Joyful Jumaat

It is a joyful Jumaat for me becoz tonite, Insyallah we're going back to my beloved kampong! Yahoooooooooo!!! =D

It is quite some time since the last time we were there. If i'm not mistaken, on chinesse new year holiday. Itu awal bulan 2 kan? Hari nie dah 1 April pun. Almost 2 months jugaklah tak balik sana. I miss that house so much. Hai..rindu rumah je ker? Lain-lain???

Parents aku baru je balik from my house Rabu lepas. So xdelah rindu sgt. Hehe. Kes my dad warded at HUKM lepas juga menjadikan perjumpaan tak rasmi bagi kami adik-beradik. So, still xdelah rindu sgt jugak. Makanya aku cuma miss the house, the kucens & the ayams. Kekeke =B

Kebetulan on Sunday, one of my kazens will be wed at Mersing. So Insyallah akan attend juga. Jumpa lagi la si kudik Naurah tu dengan laut. Mesti budak tue suka angin tiup muka dia laju-laju. Rambut gerbang-gerbang macam nak tercabot. Tp utk mandi laut lagi mcm kat PD hari tue, aku tak syorkan lah. Jalan2 gigi air jer boleh. Lgpn Naurah kan penakot laut. Asek berpelok taknak lepas. So kita skip mandi manda yer sayang.
Lagipun bukan ke tujuan utama nak pergi wedding. Ape hal pulak nak mandi-mandi laut nie wehhh? Hahaha...

Lagi satu benda, aku ingat nak ler terjah blogger mommas yg ada kat Johor mcm Fashya & Aishah. Nadia dah balik Pahang pulak kot minggu nie. Huhuh. Tp entah2 diorang dah ada plan masing2 & bergantung pd kerajinan habi men'drive' jugak. Nak pegi Mersing pon dia dah mengeluh sbb 2 jam la jugak perjalanan from my house tuh. So, tengok la nnti keadaan mcm mane. Kalo nk jalan2 pon hari Sabtu jelah yg free. Malas nak plan apa2 sbb takot tak jadi..huhuh =b

Next week juga merupakan week yg di tunggu-tunggu. Sebabnya my HOD will be on leave for almost 2 weeks okay!! Yeeehaaaaa!! My bos nie orangnya sgt susah nak ambil cuti or mc ok! So bila every year dia amek cuti utk pergi holiday oversea, rasanya akulah org yang paling gumbira. Barulah aku dpt berjimba keluar dari opis settlekan apa2 yg patot. Dptla join habi pegi bekpes kat gerai yg best2. Bukan selalu dpt peluang mcm nie yer. Setahun sekali jer. Hohoho =B

My bos nie kalo dia ada, aku tak boleh 'hilang' lama-lama. Sbbnya kedudukan meja aku yg kat depan nielah. Senang org nak detect klu aku hilang lama-lama. Kompem ade aje yang bertanya. Terutamanya bos aku tuelah. Pantang aku hilang kejap. Hisshh..rasa tak bebas betol! Bila aku ada, takde pulak halnya. Tp tang aku takde, macam2 dia mintak. Nak itulah, inilah. Macam saje dengki kat aku kan? Nampak tak? Hahaha...

Tak pasal2 kang free jer aku kena 'sembur' dengan dia. Dahler klu sound tu volume dia 1 department boleh dengar. Haihh..redho jelah kalau dah macam tue. Sabo banyak-banyak T_T So aku rasa dia mmg taknak bagi aku peluang merayap sebenarnya. Sbb tu aku sllu ada je kat meja nie. Mcm penunggu setia department la senang cakap. Keh kehhh =b

Seb baek ada blog & FB sekali sekala yg menjadi sahabat setia aku. Kalo tak mmg mati kutu aku dibuatnye. Klu internet down tuh..perghhh..rasa mcm nak balik rumah main2 dengan Naurah jer. Boring giler wehhh.

Last but not least, gambo Naurah laa..ape lagi......


Sejak Naurah masok usia 1 tahun hari tue, pagi2 kan aku mandikan dia b4 hantar ke nursery kan? Aku mandikan air sejuk jer sbb nak kuatkan otot2 & ketahanan badan dia. Macam sunnah Rasulullah yg menggalakkan umatnya mandi sebelum Subuh lagi. Itulah antara hikmahnya. Ada lg yg lain tp aku lupe. Hehe.

Klu mak & mom in law aku, kompem diorang mandi air suam. Tp aku kan hati batu sket. Malas la nk manja-manjakan anak sangat nieh. Lgpon air skrg bkn sejuk sgt mcm zaman dulu2. Mandi air perigi2 pagi2 buta sebelum pergi sekolah, korang pernah rasa? Perghhh...beku siot. Hehe. So aku train Naurah mandi air biasa lebih awal dari biasa dr selalunya dia mandi kt nursery sblm nie. 

Mula2 mmg la asek flu. MIL aku ingat sbb jangkit dgn budak2 nursery. Hahaha. Pdhal aku & habi je yg tahu. Tp mula2 jer yer. Sekarang nie dah kebal kulit Naurah. Siap kalo boleh nk masok dlm baldi penuh air. Dah boleh main2 air, dok kocak2, hala air paip kt badan aku bagai T_T. Dan alhamdulillah daya tahan dia pd penyakit jg nampak semakin kebal. Flu klu berjangkit kt bdk2 nursery pon cepat jer baik sndiri. Takyah bagi ubat dah. 

Demam pon alhamdulillah, cepat jer baiknya. Maybe juga atas sbb aku & habi yg suka cegah awal2 bila dah nampak aura2 nk demam tu dtg. If dah dedar2 jer, aku tak tunggu keadaan jd makin teruk. Mmg aku amek cuti & peruntukkan 1 hari bg tumpuan pd Naurah & bagi ubat pd dia on time. Setakat nie mmg hasilnya sgt memberansangkan. Since last Naurah kena warded bulan 11 last year, takde dah dia demam teruk2. Syukur alhamdulillah.

Maybe juga seiring dgn penambahan usianya, sistem imunisasi Naurah dah jd semakin matang. So daya tahan melawan penyakit tu lebih kuat la senang ckp. Itu pon salah satu faktor juga. Tapi satu la sejak bdk tu dah makan macam2 nie, asek la sakit perot. Minyak telon & yuyi mmg jadi teman setia utk dia rasa lega. Asal sapu jer, tido lena sampai taknak bangun. Walhal sblm tu asek la merengek guling-guling sbb perut tak sedap. Yang ini aku tak boleh nk tlg banyak la. Jumpe macam2 org & macam2 la yg org sumbat. Nak buat mcm mane kan? Itulah hakikat budak duduk nursery. Pasrah jelah.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat