Manusia Merancang Allah Tentukan


Manusia hanya mampu merancang. Namun hanya Allah yang berhak menentukan. Ini ayat terbaik utk menggambarkan kejadian yang menimpa aku sekeluarga pd hujung minggu yang lalu.

Aku sebenarnya masih fobia nak cerita secara detail tentang apa yg berlalu pd sekeluarga kecil kami pd hari Sabtu malam yang lepas. In fact petang semalam masa balik ke rumah di BBST utk mengambil pakaian kerja etc utk menghabiskan sisa hari bekerja pd minggu ini, aku rasa sangat tak sedap hati. Terbayang-bayang kejadian yang baru bbrp hari berlaku.

Bantal & comforter Naurah masih di tempat yang sama. Mangkuk kecil yang aku isi air utk jerlum kepala & badan Naurah yang panas juga masih di tempat yang sama. Semuanya berada di tempatnya, sama seperti mana kami tinggalkan dengan tergesa-gesa pada malam itu. Terus terbayang-bayang keadaan Naurah yang membuatkan aku rasa bak separuh mati.


Tanggal 23 April 2011, 9.45pm - Naurah Zayanie di serang febrile fits/convulsions or seizure or sawan dlm bahasa melayunya.

Cause - rapid increase of body temperature due to fever a few hours before & blood infection (after dapat result blood test di An-Nur)

Hubby - baru 15 minutes sampai di rumah from his training at KL. Sempat dukung Naurah & kiss2 sikit sebelum dia mandi. Semasa kejadian habi sedang mandi & tengah pakai sabun =.= (after all, syukur Alhamdulillah habi balik agak cepat dari kebiasaannya. Allah Maha Penyayang)


We arrived at Emergency Room (ER) of NCI Hospital, Nilai around 10.00pm. 15 minutes after Naurah experienced her first fits.  Doc masukkan ubat bontot & tulis surat refer ke Hospital An Nur, Bangi as per our request since NCI takde wad pediatric. Plus this is Naurah's first attack of fits.

Kami sempat balik semula ke rumah di BBST utk ambil bbrp dokumen penting & beberapa helai baju kerana menjangkakan Naurah mesti akan di tahan di wad untuk rawatan lanjut. Kunci rumah & off we go to Bangi. My parents in law sudah sedia menanti ketibaan kami di sana.

We arrived ar An-Nur Specialist around 11.00pm.

Sampai An Nur, Naurah di masukkan ke ER lagi, di rawat oleh 2 medical assistant, 1 doctor yang sedang bertugas & kemudian di ambil alih oleh child specialist, our long time favourite Dr. Khairul Azman. Eventho sudah masuk ubat bontot di NCI sejam sebelumnya, suhu badan Naurah masih tinggi. Dr. Khairul decide to masukkan ubat bontot dengan dos yang lebih kuat utk menurunkan suhu badan Naurah.


Tangan kanan  Naurah segera di cucuk utk diambil darah & di pasang alat utk water drip. 12.30am kami sudah masuk ke wad Lily 6-1. Suhu badan Naurah semakin normal & kami suami isteri termenung panjang.

Kami duduk di wad selama 2 hari setengah. Semalam Naurah baru discharged. Me & habi on emergency leave for 2 days. Thats y no new entry from me for the past 2 days.


Kesihatan Naurah skrg sudah ok. Tinggal mild flu & cough. Alhamdulillah. My MIL ambil 2 hari cuti utk jaga Naurah di Semenyih. Jumaat nanti mak saudara habi, Andak akan jaga sehari. Tuesday next week baru start hantar Naurah ke nursery semula. Isnin kan cuti Labor Day. Yahoooo! =B

Setakat ni aku tak gagah lagi nak cerita secara detail tentang kejadian yang menimpa Naurah nie. Masih fobia. Dan aku sendiri tak berapa sihat lepas 3 malam tidur tak lena menjaga si kecik. Energy masih belum di tahap sepenuhnya. Bisa-bisa 1 badan masih terasa. Tp gagah taknak ambil MC sbb taknak bos berasap T_T. Lagipun masih mampu lagi bergerak. So kuatkan semangat & try to settle kerja2 yang tertangguh.


Insyallah sampai masanya nanti aku akan bercerita pjg tentang keadaan Naurah bersama beberapa tips how to handle anak yang kena sawan nih. Takpun aku cadangkan korang semua google tentang febrile fits nie spy lebih bersedia sekiranya in future kejadian ini turut menimpa anak anda. Jgn jd mcm aku & habi yang gelabah ayam sbb tak ambil tahu ttg fits yang biasa menyerang anak2 yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun.

Boleh rujuk sini & sini untuk maklumat ringkas tentang fit. Sekian.

p/s: hidup aku mmg selalu aman damai tenang dalam masa yg agak panjang. tp bila  ditimpa musibah, or  diuji Allah, mmg kaw-kaw punya dapat. insaf T_T langit tak selalunya cerah & laut tak selalunya tenang. aku redha.

Popular Posts