Mix Stories

*kat opis hari tue. tak lupe bwk feberet bear dia tuh =.=

Sebelum aku blogwalking ke blog list kt tepi tue, aku nak update blog aku dulu. Pasnie baru singgah blog orang. Nampak mcm ramai yg dah update blog tue. Tak sabo nk terjah =B

Nak review sket ttg detim kat Resipi Rahsia dengan Ann, Kaisya & adik Ann hari Jumaat lepas. Aku sampai lambat sket. Naurah syok tido pulak atas pangkuan aku. Itu pon aku gagah dukung dia bwk masok kereta. Terus2 bdk tu terjaga bile masok kete yg panas tuh. Menggelupur kepanasan ko! Kesian aku tgk. Sampai merah2 pipi dia menahan bahang panas. Sebijik macam aku. Tak tahan panas. Keh keh =B

Aku bukak aircond tahap maksima, turunkn tingkap sket, after a few minutes udara pon dah ok. Budak tu pon dah tenang & aku pon memulakan perjalanan dgn Naurah atas pangku =.= Mmg tak safe lansong. Tp nk wat gane? Car seat toddler blm beli lg. Yg ada utk baby jer Abang aku bagi dulu. Dah tak selesa utk Naurah duduk. So dr dia merengek spjg perjalanan, gagah jelah drive sebelah tgn gitu. Seb baek mase dah nak sampai tue bdk tu diam duduk main toys kt seat penumpang tuh. Senang sket aku nk parking bagai. Dah ler masa aku sampai tu waktu puncak. Banyak giler kereta org gomen berpusu-pusu masok. Mentang2 la waktu rehat panjang. Semua pakat g Alamanda jer. Huhuh.

Sampai2 terus menuju ke SR & carik Ann. As usual aku lebih selesa dukung jer budak Naurah tue. Leceh la nak bawak stroller bagai. Aku rasa mcm melambatkan pergerakan aku. So lenguh pon lenguh la. Bdk tu pon da pandai jalan. So kalo penat sgt aku bagi jer dia jalan kedek2 kejar aku. Naurah nie bagus. Dia tak melilau pegi tempat lain sgt klu kite lepaskan. Dia mmg akan ikot kemana aku or habi pergi jer. Cuma sekali sekala kalau nampak lubang apa2 kt lantai, dia akan stop nak korek2 dgn tangan. Itu jelah yg lecehnya. Hehehe. Selain dr tu, dia mmg senang utk kita lepaskan berjalan. Mudah sket kerja aku & habi =)

Naurah & Kaisya ddk sebelah2 dlm high chair Ikea. Ada sesi suap menyuap bagai. Hahah. Sgt sweet la budak 2 org nie. Baik jer tak gaduh2. Kaisya mula2 behave jer mcm Naurah. Tp dah lama2 dia dah boring kot. Mule lah buat perangai sket. Kelakar aku tgk Ann pening melayan karenah Kaisya. Dlm SR Ann boleh cover lagi. Tp bile kitorang keluar dr situ pegi kat tempat mainan2 kereta bergerak tue, mmg ada hilang sabar sket la aku tgk Ann. Sbbnya masa kitorang proceed nk turun g post office, Kaisya taknak pergi dr tempat mainan2 tue. Syok sgt main ngn Naurah kott. Naurah ok jer. Siap pelik tgk Kaisya dok meraung & menggeliat taknak Ann dukung & bawak dia pegi dr situ. Time tu mmg aku agak simpati pd Ann yg over slim berhempas pulas handle Kaisya yg sihat walafiat. Mwahaha =B

Tp Ann dah tahu camne nk tackle Kaisya. Dudukkn dlm stroller, bagi makanan, diam terus budak tue. Ajaib. Hahaha. Tup2 Naurah pulak nak berdukung dgn Ann. Nmpknya Naurah dah kenal sama Ann after bbrp kali pertemuan. Thats y dia mahu berdukung gitu. And msti dia tau Ann baik orangnya. Penuh sabar melayan Kaisya. So, Naurah ambil kesempatan menumpang kasih jugak. Keh kehh.

Sampai post office, melayan lg bdk 2 tu nak main2 dekat permainan pusing2 & kereta2 tuh. Sbb Ann pon nak settlekan hal dia, aku pon bwk la Naurah jalan2 jauh sket. Pastu teringat dah lama Naurah tak menom susu. So pegi food court RASA & pesan air suam.nk buat susu. Nak pegi semula post office, ternampak pulak Al Ikhsan. Terus menyinggah & terbeli selipar Ipanema utk Naurah. Sgt sweet ohh selipar bdk2 Ipanema kt situ. Tak dpt tahan aku utk tidak membeli =p Pastu time tu jugak la bdk tu nak menyusu. Terus duduk atas sofa empuk dlm Al Ikhsan tu, bg budak tu susu. Sengih2 budak2 sales kt situ tgk aku bg susu kt Naurah. Itu baru bg guna botol. Kalau selak baju aku camne ntah reaksi diorang gaknye. Hahaha =B

Pastu aku laju2 dukung Naurah g post office. Sekali Ann dah hilang =S Nmpk sms Ann tanya aku dah balik ker? Aku call terus, dia x angkat pulak. Jam dah tunjuk 2.45petang. Ini waktu rehat gomen pon dah habis. Lagi dahsyat aku nie. Hahaha. Sms Ann ckp aku balik jelah sbb dah lambat sgt. Tak sempat dah nak jumpa2 lagi utk sesi bergambar ke hape. So gitulah dia ceritanya. Takdelah gambo kami ramai2. Tak dpt Na nk tgk aku dah kurus sikit. Miahahaha =D

*sebok intai beskot anT Mages bagi

On the way balik ke opis, Naurah sgt behave duduk kt seat penumpang main toys saje. Rasa sgt bangga dpt jalan2 berdua jer dgn Naurah gitu. First time okeh! Syukur jugak Naurah makin dia besar, makin elok perangainya. Makin senang utk dijaga. Pandai bwk diri. Tak byk karenahnya. Penyakit kulit Naurah dulu semuanya dah hilang. Mcm magic. Syukur Alhamdulillah. Aku rasa saat paling mencabar jd seorang Ibu adlh pd 1 tahun pertama menjaga Naurah. Lepas jer 1 tahun, aku dah rasa lega & relax sket. Naurah pon dah dpt kaki. Takdelah asyik nak berdukung saje. 

After 1 year nie, cabaran yg lain pulak bagi aku. Iaitu dlm mendidik Naurah. Kena jaga percakapan sbb budak tu sgt cepat meniru apa yg dia dengar org ckp. Masa aku sembang2 ngn habi dlm kereta, aku cerita ttg hal aku kt opis. Pastu aku ada ckp perkataan menyampah. Naurah tiba2 ajuk aku ckp. Nyampah! dia kata. Terkejut aku ngn habi dengar. Hahaha. Terus aku ingatkn diri spy lebih menjaga percakapan bila dgn Naurah. Pulak tu bdk tu otak mcm sponge. Ingat perkataan yg pernah dgr & dia pandai sebut sampai sudah. Pandai pulak tu guna word tu waktu bila. Cth time aku marah dia. Dia pon ckp Nyampah! =.= Salah aku jugak T_T

Terbaru Naurah dah boleh ckp Adik, Kakak, Abang. Sbbnya aku sllu dok ulang words tu bila jumpa budak2 yg datang dekat dgn dia. Lama2 dia pon pandai. Terkejut manager kt opis aku dgr Naurah dah pandai sebut words2 tu semua hari Jumaat tue. Excited dia dengar Naurah sebut eventho ada pelat2 sikit. Beriya suruh aku dengar dia ajar Naurah ckp & budak tu follow. Aku ckp aku percaya sbb mmg aku pon dah dengar Naurah sebut.

Ibu Midah, ketua taska yg Naurah ddk skrg ada cerita dgn aku yg Naurah sudah boleh focus kalau diajar apa2 kt nursery. Budak2 lain yg baya2 dia kebanyakannya tak berapa nk kisah sgt kalau diajar menyanyi sambil buat pergerakan tgn semua tuh. Tp Naurah mmg akan fokus, tengok & buat. Mcm lagu twinkle2 little star tue. Naurah kdg2 kt rmh klu aku nyanyi dia kan buat gaya2 yg diajar kt nursery. Mula2 aku pelik sbb aku x ajar pon gaya2 tu. Bila sembang dgn Ibu Midah hari tue, baru aku tahu kt sana pengasuh ada ajar lagu2 mcm tue. Ibu Midah kata, bdk umur2 Naurah skrg nie mmg mudah nak diajar sst. Dia suka ikut apa yg dia nampak & dengar. So ambil kesempatan nie utk tarik minat bdk2 utk belajar.

Maka itulah cabaran utk aku skrg dlm mendidik Naurah. Tp aku nie kdg2 malas ya amat. Letih kdg2 tu pas balik keje. Naurah asyik nak baca buku Noddy dia, aku pulak malas nk melayan. Teruk kan aku? T_T Anak dah ada minat belajar, mak pulak pemalas. Pdhal aku jugak yg didik Naurah dr kecik minat baca buku semua tue. Last2 aku pulak yg malas nk layan. Hampeh! 

So azam aku yg terbaru, selain menerukan misi diet *wink wink, adlh utk rajin melayan kehendak Naurah utk baca buku Noddy & belajar huruf jawi. Korang nak tau tak? Ajar anak mengenal huruf  hijaiyah (jawi ) lg susah dr ajar anak huruf ABC. Bdk2 sgt susah ok nak sebut Alif, Ba, Ta tue semua. Aku pernah baca ttg perkara nie & ternyata mmg susah utk Naurah ikut apa aku sebut. Plus cara mengajar bdk2 belajar mengaji zaman skrg sudah lain sgt dgn waktu kita dulu. Dah takde baris atas, depan, bawah tue semua. Kena ikut bunyi sahaja. So skrg aku tgh belajar mengajar Al Furqan cara moden sebelum dpt ajar Naurah mengaji. Sgt tak pandai tp aku akan cuba. Aku pon tgh belajar perkataan2 Arab sama2 dgn Naurah. Habi pon kdg2 turut serta. Kelakar sbb kami pon sama2 belajar sbb tak tahu. Hahaha. Hrp Allah permudah usaha kami. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat