Thank You

Terharu aku membaca komen-komen dari bloggers semua. Thank you so much guys.

Terima kasih kerana memahami. Terima kasih kerana mendoakan kesihatan Naurah. Terima kasih kerana memberi semangat kpd aku untuk cekalkan hati & tabah mengharungi dugaan yang mendatang. Terima kasih di atas segala kata-kata yang anda tulis di ruangan komen itu. Thank you. Thank you. Thank you very much =)

Disebabkan ramai geng bloggers pon first time mommies, rasanya banyak lagi maklumat yang kita tak aware. Terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan anak nih. Sebab tue aku suka utk share cerita dengan korang semua melalui blog ni. Moga kita sama-sama dapat manfaat dari  menulis & membaca blog. Bukan semua entry yang di tulis dalam blog layak masuk kategori ramblings jer kan? =B

To my surprise, Nadia Ibu Hajiq juga baru saja mengalami kejutan seperti aku. Cumanya Hajiq kena fits awal sehari dari Naurah. 3 hari mereka berkampung di Hospital Kulai, Johor. Aku pasti perasaan Nad juga sama seperti aku sekarang. Kalaulah boleh kita pilih memori yang sudah tercipta dalam otak nie utk di padam, pastinya memori pengalaman melihat anak di serang sawan yang pertama sekali kami padam.

Pada aku, melihat anak di serang sawan, hampir saja seperti melihat anak bertarung nyawa dengan kematian. Thats how I felt when I carried Naurah in my arms in the middle of the attack. Oh my =(

Aku minta maaf pd semua pembaca blog ni yang mungkin tertunggu-tunggu cerita detail dari aku tentang pengalaman anak di serang fits. Insyallah, by next week aku sudah bersedia utk bercerita dengan panjang lebar. Buat masa nie, aku masih belum ada kekuatan. I'm so sorry guys T_T

Doctor bekalkan kami sebeban ubat bontot (B) utk Naurah. Katanya if sekali dah kena, senang utk kena utk kali ke seterusnya T_T Makanya kami perlu lebih berjaga-jaga dengan kesihatan Naurah skrg. Di nursery Naurah nanti kami akan bekalkan beberapa ubat B sebagai langkah persediaan. Nak travel mana-mana pun kena pastikan ada stok ubat B.

Pada aku, parents lain yang anaknya tak pernah ada fits pon boleh beli ubat B nie kat farmasi. Sebagai persediaan utk anak. Ambil dos yang paling rendah if kurang konfiden. Tak perlu tunggu anak kena serang fits, then baru nak buat persediaan macam aku sekarang. Fits menyerang tak mengira anak dah lama demam or baru demam ok.

Meh aku cerita sikit kat korang.

Naurah badannya dedar-dedar pd pukul 5.30ptg Sabtu, pukul 6.00ptg aku bwk pergi klinik, pukul 7.00ptg aku bagi dia makan ubat guna syringe, pukul 9.45pm dia di serang fits. Korang boleh kira sendiri dalam masa bbrp jam jer Naurah start demam, fits pun menyerang.

Pastikan thermometer sentiasa ada di rumah. At least ada 1. Aku sbnrnya dah ada 1 yang letak bawah ketiak tue. Tp tak praktikal sgt dengan budak kecik nie. Diorang kan cepat rimas. Pastu ambil masa lama nak dapat reading. Dlm 5 minit jugaklah. Agak accurate tapi lambat. So tgh plan nk beli yang ear thermometer mcm yg kat An Nur guna. Cepat & Naurah pon elok je sua telinga dia. Takde masalah. Eventho org kata kurang accurate, kalau hosp. pakar pon guna yang itu, shud be ok jelah kan. Gasak.

Aku sampai hari nie masih ada rasa terkilan macam mana Naurah boleh kena fits sedangkan preparation aku bila tahu Naurah demam utk kali nie adalah agak bagus berbanding demam yg sebelum-sebelumnya. Aku bwk g klinik cepat, bagi ubat cepat & siap jerlum kepala dia & badan semua dengan air paip. 

Selalunya aku bagi ubat demam yg sedia ada jer & thats it. Takde pon kena fits. Bab nie aku memang insaf banyak la. Terasa betapa kerdilnya diri sebagai manusia biasa di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa. Tak kisahlah sehabis baik macam mana pun kita buat, if Allah kata jadi, maka jadilah. Kita tak ada hak utk menghalang walau sedikit pun.

Allah berikan ujian pd kita utk mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya. Supaya kita selalu ingat pada-Nya. Mungkin aku sudah semakin lupa pada Allah. Semakin lalai dalam menjalankan ibadah kepada-Nya. Maka Dia berikan aku ujian yang agak berat ini supaya aku kembali ke landasan yang betul. Yang lurus. Subhanallah. 

Banyak yg aku belajar dari dugaan yang ini. Sekiranya sebelum ini aku rasa aku sudah sayang sama Naurah 100%, sekarang sayang itu sudah jadi 200%. Bukan saja aku, malah dapat di lihat juga kasih sayang habi pd Naurah semakin menebal. Mungkin juga kasih sayang atok, nenek, wan pun begitu jua. Wallahualam.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kpd Naurah Zayanie & panjangkan lah umurnya. Setidak-tidaknya biarlah kami ibu bapanya yang lebih dahulu meninggalkan dia buat selama-lamanya. Amin ya rabbal alamin.

A few hours before the attack

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat