Carpet & Tikar Bambu - Part II

Seperti yang aku janjikan semalam, kat bawah nie gambar deco terbaru rumah kami. Aku snap pagi tadi. Masih sgt fresh ohh gambar-gambarnya. Hehe. Semalam petang tak sempat sebab nak pergi pasar malam kat Taman Seroja. Nak beli sayur untuk masak bihun goreng buat makan-makan kat opis.

Setiap tahun after dapat bonus & increment, kami 1 department selalunya memang selalu pakat-pakat buat makan-makan. 2-3 org pakat buat makan dalam 1 hari. Then the following week group pakatan yang lain pulak buat. Seronok buat macam nie. Makan ramai-ramai sambil rancak bersembang. Takdelah boring sangat asek nak mengadap kerja aje kan?

Oklah taknak cerita banyak. Tengok jelah gambo deco rumah aku yg simple nie yer. Sebarang komen amatlah di alu-alukan since deco rumah nie selalunya memang idea aku sorang jer. Habi cuma jadi orang  utk aku minta pendapat & persetujuan.

Tikar bamboo - RM40 (dapat less RM5)


Gambar di atas adalah ruang makan tetamu. Kitorang tak makan kat meja makan nie pon. Selalunya makan kat meja makan kecik yang kat ruang dapur jer. Kalau time Hari Raya, aku letak kuih muih atas meja makan nie jer. Senang nak serve air minum semua berbanding nak serve atas coffee table yang kecil kat ruang tamu.

RM140 (dapat less RM45 sbb owner suka sama Naurah =B) + Ibu pandai bargain =D


Gambar atas nie pulak bahagian ruang tamu. Selalu kan korang nampak toto purple jer kan yang aku bentang depan tv. Now sudah tukar sama itu carpet daaa. Proper la sket kan? Nak baring guling-guling pon syok sebab lembut. Naurah memang suka sgt golek-golek kat carpet nie sekarang. Selain main-main atas tikar ABC dia tuelah kan. Hehe. Yun, tikar ABC tue kite beli dari orang kat Facebook. RM55 including postage.

Gambo kurang menarik sebab henpon Nokia C3 kualiti gambarnya memang agak mengecewakan. Ini pon dah edit sikit pakai Picasa. Kalau tak lagi hampeh. Kalau tak caye tanya kat Na & Elly sebab diorang pon baru pakai C3 jugak macam aku. Hehehe.

Toodles =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat