Detailed Story - Fits

23 April 2011 bersamaan dengan hari Sabtu adalah sama seperti hari-hari Sabtu yang sebelumnya. Sepanjang pagi, habi masih ada bersama kami. Menjelang tengahari, dia akan bersiap utk pergi training kat KL. Sabtu yang normal. Naurah pon seperti biasa suka main-main kat porch kereta sambil aku sapu daun-daun kering yang bersepah. Dah sudah, ajak Naurah masok & dia pon happy main tunjuk-tunjuk dengan aku pd gambar-gambar kat tikar ABC yang aku baru beli pd minggu sebelumnya.

Dia pon sebok main daun-daun kering
Ok dah. Jom masuk rumah. Daun kering taknak tinggal =.=
Tengah pilih gambar mana nak soh Ibu ajar
Gambar paling dia suka tunjuk. Octopus.
 Bila aku sebut Lion, dia pun buat bunyik Aummm!...kehh kehhh
Ice cream pon dia paling suka tunjuk. Nak ler tu..huhuh
Pas penat main tunjuk-tunjuk gambar dgn aku, dia pon tido dari pukul 3.30ptg sampai 5.30ptg. 2 jam kira lama la tue dia tido. Itu pon sbbnya pagi tak tido. Asek nak main je kejenya. So pd aku normal jelah keadaan tu. Tp bangun-bangun tido jer bila aku amek dia, badan dia dah rasa dedar-dedar. Dia aktif je macam biasa. Tp aku mcm tak sedap hati la kan. Sms habi & dia suruh aku g klinik dulu amek ubat utk Naurah.

So aku pon gagah jelah pegi sbb taknak demam budak tu berlarutan. Pegi klinik biasa pegi, tutup pulak. So pergilah klinik lain kat Taman Seroja. Jumpe doc indian lady & dia kata Naurah demam sikit, 37.8 kalau tak silap aku temperature dia time tu. Doc tu kata dia akan bagi ubat bontot jugak in case malam nnti suhu naik lagi. So aku pon ok jelah. Sampai2 rumah tgk takde pon ubat B tue. Ubat makan yg biasa jer. Hampes betol.

Tp malas la nk fikir banyak. So pukul 7ptg camtu aku pon bagi Naurah makan ubat. Dalam pukul 8.30pm gitu dia pon tido. Aku pun pantau jelah panas badan dia tu. Entah kenapa hari tue aku punye persiapan bila Naurah demam boleh kata agak perfect. Siap dlm pd Naurah tido tu, aku jerlum kepala & badan dia dgn air paip biasa utk turunkan suhu semua. Sbbnya Naurah nampak macam tak lena. So aku pn cam tak sedap hati la kan. Kira mcm dah buat yg terbaik dah. Selalunya aku bg dia ubat pastu thats it lah. Elok aje dia.

Dlm pukul 9.30pm habi sampai rumah. Lega sangat rasa masa tue. At least boleh gilir-gilir jaga Naurah. Naurah pun terkejut dr tido & sempat habi dukung & kiss dia semua. Pastu habi pon mintak diri nak pegi mandi. Naurah pun nak tido semula tp dengan melekat pd aku. Kira aku duduk, dia naik atas aku tido berpeluk. Sambil-sambil tu aku sapu badan & kepala Naurah dgn air lagi. Sampai aku rasa dia mcm dah betul-betul tido kepala dok terlentok kt bahu aku.

Tak bbrp minit lepas aku rasa dia dah tido tuh, badan dia tiba-tiba macam terenjat renjat. Ya Allah, panik gila aku masa tue. Bila aku tgk je muka Naurah, muka dia dah pucat lesi & start membiru. Badan dia masih terenjat-renjat & kaki macam menolak-nolak. Mata pun dah terbalik ke atas.

Aku pon dengan paniknya panjat tangga & sampai separuh tangga aku jerit panggil habi yg tgh mandi masa tu. Habi bukak pintu bilik air dengan sabun penuh 1 badan. Dia pon panik la bila aku ckp Naurah kejang. Aku pon ajak dia g spital & aku turun tangga sambil mulut tak berhenti beristighfar. Aku cuba tenangkan diri apa aku nak buat ni. Sambil aku dukung Naurah tu, aku capai wallet & kunci kereta. Hidupkan enjin kereta sambil mulut tak lekang beristighfar. Sambil asyik dok panggil habi suruh cepat.

Dalam pd tunggu habi bersiap tuh, sempat aku masuk bilik air & basahkan kepala Naurah lagi. Habi pon turun & kunci rumah. Masa tu aku dah masuk kereta & bila aku tengok Naurah, muka dia dah membiru & lemah longlai. Pastu aku tengok air liur dia meleleh leleh keluar dari mulut. Entah kenapa aku masukkan jari aku dalam mulut dia sebab aku tgk dia terketap-ketap giginya. Sakit gila Naurah ketap jari aku tp aku tahankan aje. Dlm hati kata kalau putus pon biarlah. Aku sanggup tahan.

Sampai 1 tahap Naurah dah tak ketap jari aku & masa tuelah aku tarik jari tu. Habis lebam membonjol jari telunjuk aku tu tp aku tak peduli dah asal Naurah cepat di bawa ke hospital. Dalam otak memang ingat NCI Hospital kat Nilai tu jelah. Memang itu spital yang terdekat dgn rumah kami. Private pon private lah. Yang penting nak cepat sampai jer. Dlm kereta tu Naurah memang dah lembik la. Kaki semua sejuk. Aku dengar nafas Naurah masih ada. Tp bunyinya macam pelik. Ya Allah memang panik gila la aku time tu. Habi pon dah tak keruan drive kereta. 

Habi pasang emergency punya signal & pecut kereta Kelisa aku mcm dalam game. Cilok sane sini. Nak cepat punya pasal. First time pergi NCI, kami sampai terlepas sampai ke Kolej Nilai. Nasib baik tak babas jauh sgt. Patah balik & terus pergi ke emergency. Medical assistant pon datang cepat bila nampak kami & suruh Naurah masuk bilik terus. Muda lagi budak lelaki MA tu. Dia tanya kami apa masalahnya & dia & bbrp staf lain terus do some sponging pd Naurah utk turunkan suhu badan. Masa nie Naurah dah terkulai layu aku. Tak sedar ape. Tp badan bila kena sponge tu menggigil-gigil la dia.

Tak lama 1 chinesse lady doc pon sampai. Dia tanya serba sikit & ckp kena masukkan ubat bontot. Dia kata tak boleh warded kat situ sbb sana takde wad kanak-kanak. So dia tanya nak buat letter refer kemana & kami decide pegi spital biasa Naurah pegi, An Nur Specialist, Bangi. Doc suruh terus pergi ke sana & dia kata usually kena tahan wad sbb pertama kali Naurah kena fits. So doc kena analisa kena fits tu sebab fever or sebab-sebab yg lain. Lepas surat refer siap, habi bayar bil, kitorang decide balik rumah kejap ambil baju, susu Naurah & bbrp brg lagi sbg persiapan nak duduk wad.

Sejam kemudian dlm pukul 11.00 malam kami pon sampai ke An Nur. Family in law semua dah tunggu kat sana. Tunjuk surat refer dr doc NCI, tak lama nama Naurah di panggil masuk ke bilik emergency. 2 lelaki MA attended Naurah & tak lama lepas tu doc lelaki datang. Tak tahu nama dia siapa tp dia doc bertugas malam tue. Dlm 15 minit kemudian wajah yang kami kenali pun sampai. Doc Khairul Azman, paed Naurah. Amik suhu badan Naurah 38.4 degree, masih tinggi kata doc walhal dah masuk ubat B masa kt NCI tadi. So dia kata kena masuk 2nd dose yang lebih kuat. 

Masa nie Naurah dah sedar dah. Dia macam terpinga-pinga tengok orang ramai dok keliling dia. Tiba time doc nak cucuk tangan utk masuk air & ambil darah tu yang paling payah. Doc Khairul dah biasa dengan budak2. So senang aje dia dah jumpa urat. Tp melalak tak hengat la Naurah kena cucuk kt tangan tu. Memang kena tahan hati lah menengoknya. Lepas tu berat Naurah pun ditimbang 7.9kg jer. Huk huk. Kecik cenonet sajo. Aku ingat dah 8kg lebih sbb mmg terasa bila mendukungnya.

Tunggu bilik siap & bbrp prosedur kemasukan wad, pukul 12.30pagi, kami pon dah selamat ddk dlm wad. Tak lama Naurah pon tido & FIL balik ke Semenyih. Demam Naurah dah kebah pd keesokan harinya & dia aktif mcm biasa. Tp ubat & water drip tetap kena jugaklah. Esoknya dpt tahu doc Khairul ckp ada bacteria dalam darah after dpt blood test result. Tu pun atr punca knp Naurah kena fits selain kenaikan suhu badan yg mendadak. 

Malam pertama, habi dpt tido sekali sbb katil sebelah takde penghuni lagi. Malam kedua aku jaga sorang2 sbb dah ada org baru lepas bersalin duduk. Mlm kedua Naurah kembung perut. Gila keras perut dia. 1 jam lepas dia tido jd mcm tue. Patut dia terjaga & nak tido berpeluk dgn aku. Jiran sebelah katil, Dila tolong picitkan suis panggil nurse dtg & tak lama lepas tu nurse bagi ubat angin kt Naurah. Terus tak lama perut dia normal semula & tido lena. Tp suhu badan naik semula. Demam balik T_T Masuk ubat demam balik. Esok pagi dah kebah semula. Syukur.

Tp demam Naurah nie on and off after discharged. Selasa keluar wad, Khamis suhu badan naik balik, masok ubat B kebah, Isnin lepas demam lagi, masuk ubat B, kebah. Pagi pukul 3.30 aku rasa badan dia dedar balik, bagi ubat makan pulak sbb takot asek nk masok ubat B aje. Sambil-sambil jerlum badan & kepala dia dgn air. Pagi bangun dlm 8.30am dah tak demam. Hishh..payah betul kalau macam nie. Seb baek lah dah ada ear thermometer tu. Memang sgt berguna skrg nie. Asal lampu merah je yang keluar, memang susah hati lah aku T_T

Cara nak handle fits nie klu jadi kt anak, baringkan dia mengiring & dongakkan sikit kepala dia. Tengok berapa lama dia sawan & if lebih dr 5 minit, kena bwk g spital. Klu tak lebih, shud be ok je. Insyallah. Doc Khairul kata febrile fits yg Naurah kena nie biasa di alami budak-budak. Kdg2 sekali je kena seumur hidup. Dan ianya tak jejaskan tahap perkembangan fizikal or mental  pun. Alhamdulillah. Lega dgr doc ckp mcm tue. Dia kata ada mcm2 jenis sawan. Kalau yg teruk tue mmg boleh effect pd otak. Selalunya itu ada sejarah keturunan keluarga katanya. Aku pon tak khatam habis lg baca ttg sawan nih. Mmg kena ambil tahu benda2 nie sbnrnya. Bagus sbg maklumat tambahan.

Kat nursery dah pesan pengasuh suruh bagi ubat kt Naurah. Hrpnya kesihatan Naurah semakin baik & takkan kena lagi fits. Biarlah fits yang hari jd yang pertama & yang terakhir. Amin.

Bbrp fakta semasa kejadian:-

1. Aku tak menangis lansung dalam keadaan panik & susah hati menghadapi kejadian tu. Nape ehh? Panik sgt kot. Sampai lupa nak nangis T_T
2. Dlm perjalanan ke NCI hospital, tiba-tiba entah kenapa hati aku tiba-tiba jadi tenang & datang satu perasaan  melegakan yang mengatakan Naurah tak ada apa-apa. She will be fine. Terus aku terdiam & relax. Pelik.
3. Aku ke NCI Hospital dengan tidak bertudung & hanya memakai baju kelawar. Panik punya pasal.
4. Habi kata dia tak sempat pun bilas sabun pd badannya masa mandi tu. Terus lap dgn towel. Panik jugak.
5. Habi kata suara aku berubah masa panik. Of couse la intonasi org panik kan? Dia kata rasa pelik dengar suara aku mcm tue. Tak pernah dgr sebelum ni kot. Ntah. Aku pon tak tau.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat