Friday Stories

Pagi Isnin yang indah nie (sebab big boss cuti =B) aku nak cerita pasal hari Jumaat yang lepas. Lewat sikit me & habi bertolak dari opis petang tu. Habi ada meeting pulak dgn big boss dia. Around 6 kitorang gerak from opis menuju ke Alamanda sbb nak bayo duit kereta JHT (lg 4bln je lg nk abes bayo. excited wehh =D) & beli hadiah utk birthday party anak Fara (receptionist) yang ke-5, Yaya.

Since aku tau si Yaya nie mmg suke Barbie doll, makanya aku pon aim nak belikan la doll tuh. Awat mahal sgt doll Barbie nie weh? Mostly kosnya around $70 per doll. Perghh. Habi pon dah start menjeling aku. Kalah rege kalau nak belikan maknye birthday present =.= But since Fara merupakan antara staff opis yang agak close dgn aku & habi, gagah jugaklah beli. Rezeki Yaya, kami jumpa Barbie Doll yang cuma berharga $35 kat Kafu. Ushar kat Toys R Us reganya tetap $70. Utk kepastian, kena scan dulu price dekat price scanner. Bile sudah pasti, beli wrapper & wishes card. Hantar kat kaunter pertanyaan soh tolong balutkan. Settled =)

Dalam perjalanan pulang ke kereta, singgah beli Majalah Pa&Ma edisi June. Aku tak selalu beli majalah nie. Ikot mood & tgk topik yg di kupas. Kali nie tertarik nak beli sbb terselak page tentang Febrile Fits or Demam Sawan. So, aku syorkan korang pon beli Pa&Ma bulan June utk mengetahui dgn lebih lanjut tentang fit nie yer. Aku of kos la sgt tertarik sbb Naurah dah pernah mengalaminya. Berdoa pd Allah moga itulah kali yang pertama & terakhir. Amin.

Informed habi yang member blog ade bukak booth stimbot kat Karnival Belia, Putrajaya. Dia as always sentiasa menyokong jer kalau aku nie bersosial sikit dgn kawan-kawan. Maklumlah, aku nie bukannya suka sangat keluar rumah semata-mata nak bersosial dgn kawan-kawan nih. I'm a homey person. Tapi kalau bab berjalan dgn habi & Naurah, I like it very much yeah! Sampai habi pon pening kepala layan napsu berjalan isterinya yg sorang nih hah. Thehehee =b

2-3 kali habi tanya, nak pegi tak? Nak pegi tak? Sampai naik rimas aku dibuatnya. Ini kawan aku ker kawan dia ni wey? =.= So aku pon call terus si Zuris bertanyakan lokasi gerainya. Besar lah tapak ekspo tuh. Jenuh nak mencari gerai Zuris & Mr. Sharil. Seb baek Naurah takde. Kalo tak, maybe aku surrender nak merayau mencarik. Bila dah jumpa, masing-masing sembang macam dah kenal lama & selalu jumpa. Zuris peramah. Begitu juga Mr. Sharil. Dua-dua pon kecik molek sajo. Ehehehe. So kami menyembang macam-macam. Habi pon ok bile jumpe org yg peramah. Takdelah awkward sangat jadinya. Hehe.

Zuris, Jue & Alif =)

Tak lama lepas aku sampai, Jue & Alif pon tiba. Oh my. What a nice small gathering =) Semuanya sembang macam tak hengat donia. After beli stimbot sbg bekalan makanan kami dlm perjalanan ke kereta, we said goodbye with each other. Tak boleh lama-lama sbb Naurah dah seharian tak berjumpa. Itu pon sampai rumah si kenit tu dah tido. Biasalah dia. Around 8.30-9.00pm mmg selalunya waktu tido dia. So sampai rumah, dinner berdua jelah kami. Naurah sudah selamat tido sama Wan & Atok.

Suke sgt tengok gambo nie. Snap at Riverside Majestic, Kuching. Lobby area.
Close Up

Okeh. Aku nak g breakfast jap. See ya =) Toodles~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat