Mini Gath: Kelab Tasik Cyberjaya 15/5/2011

Sampai-sampai jer budak nie terus celik mata. Nampak playground terus tunjuk jari nk ke sana.

Mini Gath Momma Bloggers at Playground Kelab Tasik Cyberjaya semalam sudah pon selamat di hadiri. Alhamdulillah =) Berjaya tidak mengecewakan hati penganjur kita iaitu Jue.

Rasanya timing aku kali nie taklah seteruk our past gatherings. Around 10.15am sudah sampai ke tempat yang di janjikan dengan Naurah yang terlena di dukungan. Tapi tak sampai 5 minit sampai, dia pon celik mata. Nampak playground terus tunjuk jari ke sana. 1 yang bagusnya playground nie, dia ada kanopi besar kat atas tu. So ada la tempat yg redup utk budak-budak semua terus bermain. Taklah tak tercapai hasrat nak bawak anak-anak main kat situ kan? I like =D

See how happy she is? =D

Walaupun cuaca panas terik (biasalah Cyberjaya huhuh), tapi aku tetap happy dgn gath kali nie. Rasa lebih enjoy sebab dapat berbual panjang dengan para blogger sekalian. Senang kata puas hati sungguh lah. Makan puas hati, sembang puas hati, ambil gambar pon aku puas hati jugak. Byk gambar yg aku berjaya shot dgn cantik kali nie. Dah terer sket kot after several times practicing. Cewahh =p

The Kelab Tasik Cyberjaya Lake

Ada sessi baca doa, ada sessi tukar hadiah, sessi goodie bags dr pihak penganjur. Wah! Terbaek gitu. 12 bloggers yang datang & rasanya itu pun dah cukup meriah. Macam-macam gelagat dapat tengok. Best. Gambar adalah banyak & sila ke my FB utk lihat. Kat sini buat syarat jelah yer.

The gathering

Sorry sebab spagethi seafood yang cair sebab first time buat. Selalu buat bolognaisse. Tu pasal jadi tak semenggah tue. Silap teknik masakan pulak. Maklumlah pagi-pagi dah kelam kabut nak siang bawang bagai kan? Nasib baik habi dah tolong siangkan udang & sotong siap-siap. Kalo tak entah pukul bape sampai kat Cyberjaya. Ntah-ntah tak dapat hadiah 10 bloggers terawal. Hahaha =B

The foods. Yummyy!
Kasihnya Ibu. Hany & Faqihah =) *tq tumpangkan payung yer Hany hihi
Oh Ammar. AnT jeles dengan kulit mu yg melepak itu. Huhuh =p

Happy lebih juga kali nie sebab dapat jumpa dengan blogger momma yang tak pernah lagi jumpa sebelum nie macam Pja, Hany, Wizza & Misha. Nice to meet all of you guys =D

I really love this pic. Pic of the day =) Sha & Raisya
Takde sape yang tak geram dgn budak nie. Hehe. Mikhail anak Pja.

Since cuaca sekarang pun tak menentu, maybe the next gathering boleh buat indoor pulak lah. Can go for Critter Land at Serdang or Mega Kidz again at Mid Valley. Or ada mana-mana tempat lain yang bersesuaian. Boleh la di cadangkan yer. Aku join aje. Hehe. Kalau takde aral, memang di usahakan. Thank god habi adalah sangat ok bab-bab gathering nih. Tak pernah lagi merungut apa-apa. Thanks dear =)

Met Dani for the first time. I like =D
My new favourite toddler. Behave jer. I like.
My long time favourite girl. Imaan.
Akhirnya bateri A'uf habis masa dah nak balik tue. Hahaha.
Si Raina pun boleh tahan ligat.
Tak tahulah siapa lagi yang rajin nak jadi penganjur after Jue nih. Nurul? Dayu? Hehe. Aku tak pandai bab-bab nie. Support boleh la. Hehe. Peace! =D

Toodles.

Popular Posts