My Mothers Day 2011

Mothers Day 2011 dah lepas dah pun kan? Aku nak mengaku yang tahun nie baru aku tahu yang Mothers Day (MD) tu di sambut setiap tahun pada setiap hari Ahad on 2nd week on May month. Sebelum nie macam tak ambil kisah pon. Yang tahu cuma Mothers Day disambut pd bulan May. Itu saja. Hehe. Teruk ker tak tahu ehh? =B

Selalu jer ingat pd mak bila teringat tentang MD nih. Tapi memang kami sekeluarga tak pernah pon celebrate. MD for my mak selalunya datang lebih awal dr MD yang sebenarnya di sambut seantero dunia. Sebabnya my mak birthday is every 4th May yer kawan-kawan. Makanya macam birthday+MD tu dah digabung utk dia =D

Alhamdulillah tahun nie aku tak lupa juga wish Selamat Ulang Tahun yang ke-54 for my mak pd minggu lepas. 

Mak pura-pura tak ingat pulak masa aku call & wish her happy birthday. Bila di tanya umurnya pon dia macam kompius tak ingat yang ke berapa. Hahaha. Mak berlakon eh? =b

Mak kata aku org yang pertama wish for her birthday this year. Tetiba macam bangga masa tu. Hehe. Untuk hadiah, aku plan nak belikan dia something la masa bercuti kat Kuching hujung bulan nie nanti. Dia pon asek la tanya bila aku nak pergi everytime aku call. So aku ingat belikan brg-brg dari sana jelah nanti. Insyallah =)

Seriously aku asyik fikir tentang mak bila teringat tentang MD. Sampai aku lupa aku juga meraikan MD buat pertama kalinya pada tahun ni. Aku pon dah jadi seorang Ibu maa. Woww! Macam tak percaya pulak o_O

* itukah sebabnya kenapa habi baik hati sangat semalam sampai belikan aku beg besar Converse kat Mid Valley semalam? ok ok. ini cerita masok dlm entry lepas nie pulak =D

Aku nie Ibu yang sempoi jer. Aku tak tahulah nak kata Naurah tu beruntung ke tak dapat aku sebagai Ibunya. Ibu ko perangai dia gila-gila sket tau Naurah! Ehhee =B 

Kadang-kadang aku rasa sifat aku sebagai seorang Ibu semakin hari semakin menyerupai sifat mak aku masa aku masih kecil dulu. Aku adalah mak aku dulu. Mungkin satu masa nanti bila Naurah pun ada anak sendiri, dia pon akan menyerupai aku jugak.

Macam pepatah kata ' kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'. Sesuai kot rasanya digunakan pepatah ni.

Ok. Itu jelah entry khas dari aku sempena Mothers Day 2011 nih. Toodles =)

Sempoi tak my Abah & Mak? =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat