Tuesday Rams

Berkenaan apa yang tidak kena dengan mulut Naurah hari tu, semuanya sudah okay sejak petang semalam. Dia sudah mahu minum susu. Syukur. 3 hari dia minum susu 1 kali sehari sebanyak 4oz. Eventho dia dah minum & makan macam orang dewasa, aku tetap risau sebab susu masih sepatutnya menjadi minuman utama dia. Kalau umur dia dah lebih 2 tahun tu lain lah kan. Takkan baru 1 year + dah taknak minum susu dah? Macam tak boleh terima pulak aku kalau macam tu =.=

Masa MIL bawak Naurah ke klinik last Monday, doc cuma bagi antibiotik jer. Doc pon tak nampak apa yang tak kena dalam mulut budak kecik tu. So doc bajet maybe ada ulser yang kita tak perasan or luka area lelangit dia. Tak kisah la sebab apa pon. Yang penting kesakitan tu dah berakhir utk Naurah. Terseksa aku tengok dia nak menelan susu dengan susah payah & merengek tanpa henti tanpa aku ketahui apa masalahnya. Susah hati woh kalau anak sakit nih. Serba tak kena kita dibuatnya T_T

Gambo hiasan =B

Seharian cuti sempena Wesak Day dihabiskan di rumah in law saje. Petang semalam sempat melawat biras aku yang dah bersalin hari tue Mai kat rumah Pak Lang. Dapat la jumpa dengan baby Khalif Iman yang sangat cute tuh. Rasa macam kekok dah nak pegang baby kecik. Tak berani lah. Jeles sama Mai sebab dah ada sepasang anak. Hayfa pon behave aje aku tengok. Dah jadi Kak Long dah awak Hayfa. Naurah jer yang masih pegang takhta anak tunggal buat masa skrg nie. Hehe.

Yesterday. Naurah & Hayfa =)

Khalif Iman (x pasti betol ke tak ejaan ni). Mata besar & berhidung mancung.

Kalau org tanya pada aku, bila nak tambah anak lagi, emm...aku rasa aku ok jer klu preggy lagi sekarang pon. Yer yer kunun kata plan 2013 yek nak tambah lg sorang ek? Hahaha. Pd aku asal ada gap 2 tahun for each childs, thats good enuff. But when I asked habi about this, he said that he's not ready yet. So, aku pun tak kisah la. Ada ke takde ker, kepala dah tak runsing lagi if period datang lewat. Ngeeee =b

Sambil punggah brg kt laci, sambil tengok Baby Tv =.=
I love Baby Tv Ibu!
Baru je kejap tadi call Ambank punya customer service. Nak tanya tentang balance loan kereta JHT tinggal berapa & bila dijangka habis. The 1st person yang attend call aku td macam hampeh jer. Dia kata aku tak boleh check sebab kereta bukan atas nama aku & aku bukan juga guarantor. Ceh! Kalau aku dah boleh provide IC number kakak aku, apa masalahnya lagi? Bukan maklumat sulit ape sangat pon kan? Tak pasal-pasal aku jadik hangin.

Bila aku tanya alasan aku tak boleh tahu tentang maklumat tu, dia kata ' perbualan kita ni di rekod yer puan'. Aku pon balas lah ' biarlah kalau di rekod pon. apa masalahnya?'. Entah hape-hape punye customer service ntah. Macam aku buat salah pulak. Sebab malas nk gaduh panjang, aku tanya jelah takde ke cara lain aku utk aku dapatkan maklumat yg aku nak tu. Dia pon bagi 1 nombor suruh try. Katanya bahagian retail. Bila aku called, the 2nd person nie cuma minta no. plat kereta, tanya aku siapa, bila & berapa bayaran terakhir aku bayar. Then dia tanya apa maklumat yg aku nak. Settled. Takde masalah pon. Bengong punya 1st person! Buat rosak mood aku je di pagi yang indah nie =.=

Popular Posts