Weekend Lepas

Semalam takde entry sebab aku on medical leave. Demam yang datang lepas jaga Naurah kat spital last week tak baik-baik lagi. Letih mak! Asek la srott sreet sepanjang masa. Batok kokol tak payah cerita la kan. Time tido tu punyelah hazab batoknya. Kaco habi & Naurah tido jer. Kesian Naurah terkejut-terkejut kdg-kdg tu dengar omaknye dok uhuk uhukk macam nak pengsan T_T

Penyakit tue ujian dari Allah. Nak padam dosa-dosa kecil manusia. So aku pasrah & redha jelah. Nampak sgt banyak sgt buat dosa. Demam tak baik-baik T_T So semalam dpt lagi sebeban ubat. Doc kata kalau tak elok juga tolong referkan diri sendiri ke hospital utk rawatan lanjut. Well, aku harap keadaan taklah seteruk itu. Sbnrnya badan aku dah rasa ok, cumanya tang batuk & hingus nie jer yang payoh benor nak hilang. Stress woh!

Habi pon semalam ambil cuti sbb kebetulan nak kena bawak Naurah pegi follow up check up yg masok spital ari tu. Disebabkan demam Naurah yg on and off after discharged hari tu, Doc Khairul tukar antibiotik sbb dia kata maybe antibiotik yang sebelum nie tak sesuai dengan si kecik tue. Pastu ubat flu & cough pon doc bagi yang lebih power sbb yg sebelum nie macam tak jalan T_T But overall keadaan Naurah secara luarannya mmg nampak sihat aje. Aktif & always in a good mood. Itu jelah yang buat aku lega sikit =)

One thing yg aku noticed, ini 1st time Naurah demam sejak dia jd toddler. Sejak dah beso sikit nih, budak tu kalau demam mmg aktif saje. Pdhal badan bila kite amek suhu dah 38 +degrees. Camno tuh? Dulu mase dia blm setahun, kalau demam sket asek la merengek nak berkepit dengan aku jer. Skrg sudah lain pulak. Main aje macam biasa. Hepi hepi macam takde apa-apa. Kalau kite jenis ambil mudah, mmg bahaya ohh. Lagi la mcm Naurah yg dah pernah kena fits nih. Aku pon da jd super duper risau everytime badan dia panas sikit pon. Ear thermometer tu memang sentiasa ade dekat aje. Senang aku nk pantau suhu badan dia.

Hari nie dah hantar dak cik tu g nursery. Hepi je aku tgk muka dia dpt jumpa balik kawan-kawan kt sana tadi. Sampai tak pandang muka aku dah pas pengasuh amek kt muka pintu =.= Mesti dia tak sabar nak jumpa Mayyah si baby kecik tu. Asek la sebut Mayyah..Mayyyah... mase dekat rumah. Rupanya MIL ckp itu nama baby kecik kt nursery sana. Namanya Sumayyah. Hehehe. Aku dah teka dah mmg nama someone. Rupanya nama  budak kt nursery =b Rindu kat baby Mayyah yer Naurah?

Banyak entry yang aku nak buat sbnrnya. Banyak kejadian tak sempat nak cerita. Paling aku ingat entry detail tentang Naurah kena fits hari tue. Insyallah hari nie aku start draft & kalau sempat petang nanti dapat post. Tengok tahap kerajinan macam mane dulu. Hihi. Last Saturday kami ramai-ramai keluarga MIL, Andak, Pak Lang & Busu berkampung  kat Sungai Buloh. Kenduri kawen anak Pak Long. Kami tido semalam kat sana di rumah sewa kosong yang Mak Long sewa khas utk kami bermalam & pihak pengantin lelaki bersanggah sebentar sebelum majlis akad nikah & bersanding. Pengantin lelaki came all the way from Bahau, N9.

Tema majlis warna putih & merah. Lawo jugak kombinasi kaler nie. Meja makan beradap, pelamin, deco bilik pengantin, semuanya simple tapi elegan. Nice. Aku nak komen byk-byk tak reti pulak. So lets the pics do the talking lah. Nak simpan tenaga nk tulis cerita Naurah kena fits =b

Enjoice =)

Meja makan beradap

Kamar pengantin
Pelamin

Hantaran dr pihak perempuan

Siap ada karpet merah wa cakap lu! =B

Khemah makan semuanya 12 buah o_O

Budak rajin menyapu tanah guna bunga manggar =.=

Popular Posts