Aku Terseksa T_T



Adehh..apasal la hari nie asek duduk tegak cam robot jer nih? Kawan-kawan yang dah tahu, sila fahamkan diri sendiri. Dan tak perlu jeles lebih-lebih sangat sebab aku rasa macam terseksa saje di kala menaip entry ini & pd bila-bila masa pun. Selagi ia masih tersarung kemas di badan sepanjang aku di office. Haihh....

Dalam otak, aku fikir, asal aku tak pengsan or putus napas sudah T_T Sebabnya semalam baru pakai 3-4 jam, dah menggelupur bukak dalam kereta masa keluar beli barang dapur. Rasa muka macam dah membiru. Habi dok gelakkan sajo. Cesss =.= Aku terseksa pon sebab dia jugak! Hins hinsss...

Bak kata Zatil (the provider), awal-awal nie memang seksa kak! Nanti dah lama-lama, biasa lahh. Ok. Aku pegang pd kata-kata Zatil tuh. Hrpnya seksaan nie berbaloi di akhir cerita nanti. Tak pon sewaktu menyarung baju raya yang dah siap 4 pasang tuh. Ngeee =D Kite tunggu & lihat yer kawan-kawan. Hikss

Jumaat lepas aku mc. Sakit rahim yang maha hebat. Rase macam nak beranak wa ckp lu. Aku bajet aku keguguran dah. Tp bleeding apo pon takdo. Pegi klinik, doc scan 2 kali. Tak nampak ape-ape. So dia bajet aku period pain jelah. Sbbnya buat upt test, confimed nggak pregnant. Kencing kotor pon nggak ada juga. Bagi ubat & balik berehat kt rumah. Makan ubat, hilang sikit sakitnya. Lama-lama, sakit datang jugak balik. Doc kata if x period jugak, datang balik klinik.

Sabtu aku datang lagi. Malangnya doc lain pulak. So dia x berani nak cakap apa-apa. Scan lagi, nampak macam ade something. Tp x sure apa. Maybe jugak lemak katanya. Suggest to jumpa doc yang rawat aku dulu. Datang lagi yer. Hmm..duit dah makin menyusut. Maybe terpaksa postpone sampai dapat gaji. Walau dalam hati runsing takot ade something wrong. Hmm..tawakal jelah nampaknya. Hrp takde apa-apa yang serius but worse come to worst, terpaksa jumpa my gynea, Doc Fatimah kat An Nur jugaklah kot.

Napelah period aku nie tak datang-datang yer? Ada masalahkah? Hmm..

Dalam pd keadaan kesihatan aku yang masih dalam teka teki, aku bersyukur sebab Naurah tak jadi demam. Malam Khamis dia dah start demam sebenarnya. Berkat bagi dia ubat demam on time, eventho on & off juga demamnya, akhirnya pagi Sabtu demam kebah juga. Alhamdulillah.

Tp budak tu walau suhu badannya mencecah 38.8, aktif bermain macam tak demam lansung. Hati lega jugak tgk dia mood baik aje, tp takot juga tiba-tiba sawan menyerang. Memang tak boleh lalai sangat.

Ok. Tue jelah cerita nak share ngan korang hari nie. Muka aku kalo korang tengok, muka cam orang yang terseksa aje. Muka ketat weh! Sebab pakai benda ketat T_T

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat