Almost Over

Alahhh....boringnya bila tiba hari nak balik ke dunia realiti bila dah syok-syok duduk kampong. Masa utk habi berehat pon dah tamat. Habi bilang, kalau balik kampong aku jer dia dapat berehat banyak-banyak. Tak payah nak tolong aku masak. Tak payah sebok-sebok nak basuh baju, sidai baju, angkat jemuran. Tak payah risau Naurah sbb Atok dah umpama Ayah bagi budak kecik tue.

Habi asek-asek aku tengok dok terbaring atas kerusi Osim. Mengurut badan sajo. Ini betul-betul balas dendam nampak!! Tak pon terbongkang tengok TV. Tak pon tengah syok tido dalam bilik. Tak pon layan filem dalam laptop dia. Wah wahhh!! Heaven yer dear??? =.=

Anyway aku pon takdelah kijam sangat. Aku suka jer tengok habi berehat-rehat gitu. He deserved it! Kalo kat rumah Sepang tu, memang dia jer yang rajin buat keje. Aku kan isteri mithali. Kejenye jaga Naurah jer. Hehehe.

Naurah kat kampong nie happy la dia. Banyak sepupunya kat sini. Anak kakak sulung aku. Kak Lin. Anak dia ada 4 orang dah. 2 laki 2 ppn. Selang seli. Kelassss!! Aku nak macam tu gak boleh tak? Hehe.

Sebab habi request nak 3 orang anak jer, aku prefer 2 ppn 1 lelaki. Ppn mesti lebih banyak sbb ank ppn best! Ahahaha. Tapi anak ape pon x kisahlah. Rezeki dari Allah. Mane boleh tolak-tolak. Redho =)

Oh yer. Citer psl anak nie, aku tak datang period lagi nie. Dah delay 4 hari. Woot woottt! Ada harapan pregnant nie. Hahah. Tapi takde alahan pulak kalo pregnant. Mase Naurah dulu, lekat jer badan dah rasa lain macam. Tak test pon dah tau mmg pregnant.

Yang ini cuma muntah & pening bbrp hari jer. Pastu terus rasa sihat sampai hari nie. So aku pon bajet maybe anak lelaki kot? Hehehe. Berangan. Habi bengkek aje kalo aku ckp psl aku pegnen nie. Asek suruh aku buktikan dulu. Ceh! Aku taulah dia tak ready lagi. Tapi kalo dah ada, apehal nak pening kepala pulak? Cam dia pulak yg dpt alahan & sakit nak beranak nanti. Ntah ape-ape.

Dari segi kewangan, keadaan kitorang takdelah parah sangat. Aku rasa boleh jer. Rezeki anak mesti ada punya. At least Naurah pon time tu dah nak masuk 2 tahun dah. Boleh sgt lah! Habi je suka fikir negatif sangat. Cube la positif sket mcm aku nie hahh! =D

Ok la. Naurah dah merengek. Esok dah keje. Malasnya.....T_T

Toodles~
Gambo lama. Ini je yg ada dlm pc nih. Hehe...

Popular Posts