Anje & Kucen

Bermula dari hari Isnin minggu lepas, adik aku Anje start kerja kat nursery yang Naurah di hantar sekarang. Tapi dia cuma jaga budak-budak yang umur 2 tahun ke atas. Naurah tak termasuk. Hehe.

:: Anje ::

Sementara Anje mencari kerja yang lebih bagus, better dia timba pengalaman kat situ dulu. Adik aku nie ade Diploma in Early Childhood Education. So, memang kerjanya dekat taska or tadika lah. In fact kalau dia nak bukak taska sendiri pon dah boleh sangat-sangat. Cuma modal jelah yang takde lagi. Hehe.

So, for the time being, Anje duduk serumah dengan aku. Taska ada sediakan rumah, tapi dia taknak duduk situ. Kurang hiburan kot. Aku & habi tak kisah pon. Senang sikit kami bila dia ada. Boleh jugak layan si Naurah tu bermain or teman tengok BBTV.

Kerja kat nursery nieh penat jugak. Sudah lah masa bekerja panjang dr kerja kat office. 7.00am-6.00pm. Itu belum masok kena overtime lagi if ada parents yg ada hal. Kerja tak susah, tp letih sbb masa yang panjang. Seb baek Sabtu Ahad cuti.

Selalunya mmg kami yg sampai rumah dulu dr Anje. Makin kurus lah adik aku yg sorang nie nampaknya. Aku jugak yang tak kurus-kurus. Ape kesss? =.=

Dah seminggu jugak JHT aku tuh di bawak oleh Anje utk ulang alik ke nursery. Skrg pegi keje pakai Myvi habi aje. Rindu pulak kat JHT aku tuh. Huhuh =p

Sabtu lepas aku dpt call dr orang lelaki. Nombor tak dikenali. Habi soh aku jawab jer. Rupa2nya nak jual kucing parsi dia 2 ekor kat aku. Sekali dgn sangkar & makanan semua. Aku saje je bg emel kat dia dlm mudah.com tuh ckp cam berminat. Dia tak state price. So aku ingat dia nk jual murah2 jelah. Sekali dia kata nak jual RM1k. Hahahha...

Habi aku ckp murah la tu sebenarnya. Yeah I know. Cuma aku takdelah hilang akal lagi nak bela kucen sampai bayo rege camtu. Kalu dia nak jual sekor RM200 pon aku fikir banyak kali. Inikan pulak RM1k. Ahahaha..baek aku settlekan bayo PB jer kalo gitu. Keh kehh =p


Kucen, walaupon ko comel macam nie, aku takde duit lah nak beli ko kalo mahal-mahal. Wahaha =B


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat