Dataran Nilai


Inilah gambar terbaru Naurah. Pada Sabtu malam yang lepas, kami ke Dataran Nilai dengan tujuan nak bawak Naurah main-main berlarian atas padang luas kat situ. Malangnya kami pergi salah masa. Si kecik tu dah mengantuk pulak. Muka ketat aje. Lansung tak senyum. Pastu tammo berlepas dari dukungan. Takot jugak gaknye dengar sound system yang kuat di pasang kat situ.

Meriah sungguh suasana kat sana pd malam-malam minggu. Selain ada aktiviti tarian poco-poco, terdapat juga pelbagai gerai jualan di sekeliling dataran. Hidup sikit bandar Nilai nih. At least ada tempat untuk aktiviti keluarga. Tempat beriadah. Nice =)



Berdekatan dengan tempat kami duduk melepak memerhati suasana orang yang lalu lalang, ada 1 family bawa arnab comel 2 ekor. Di biar berlarian bebas di padang. Itu pon Naurah tak layan. Ngantok tahap gaban gaknye. Padahal kalo dalam TV, asek la sebut rabbit bila nampak kelibat telinga panjang. Geram pon ade aku tgk reaksi Naurah bile dia nampak rabbit sebenar buat dono aje. Hiss!

Aku beli benda alah yang tiup bubbles tu pon Naurah buat tak paham aje. Penat aku buat bubbles, dia tengok macam tu aje. Lansong takde minat nak kejar ker hape. Nak nangis bila orang letak kat tanah lagi ade. Huh!


Ayah kiss pon buat muka ketat. Haih...Naurah..Naurah...


Tengok tu! Ibu yang over posing. Dia maintain buat muka no feeling. Sadis.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat