My Blogging World

Naurah & her Cik Ya (pic taken on Feb 2011 - CNY holiday)

Seronoknya dapat duduk kat kampong. Kat luar sekarang nie tengah hujan. Naurah ada dengan habi. Tido. So inilah masanya utk aku berehat-rehat sekejap. Bila ada masa terluang, mestilah asek teringat kat blog yang tak semenggah nie. Ehehee..

Blog nie ibarat diari aku jugaklah. Banyak yang aku luahkan melalui penulisan blog. Semuanya merupakan secebis dari perjalanan hidup aku kat dunia nih. Rasa macam aku & blog sudah tak dapat dipisahkan lagi. Cewahh. Marah gaknye habi kalau dia tau aku tulis camni. Takpon dia gelakkan aku sebab dah jadi macam drama queen =.=

Diam tak diam, rasanya ade dalam 3 tahun jugaklah aku dah berkecimpung dalam dunia blogging nie. How time flies. Rasa macam baru jer lagi. Aku ingat lagi masa aku start berblog nih, aku baru bertunang dgn ex pd hujung tahun 2007. Baru beberapa bulan menjadi tunangan orang.

Masa tu dah ada baur-baur perpisahan dah. Dah start bunga-bunga nak break up. Berkawan hampir 4 tahun. Bila bertunang, baru 2 bulan dah jadi macam-macam. Kalau dah bukan jodoh tue, selagi tok kadi belum jabat tangan & lafaz di ucap, anything can happen maa.

Dan itulah juga yang menjadi sebahagian daripada takdir dalam hidup aku. Kawan dgn habi secara rapat dlm 2 bulan, bertunang & 4 bln kemudiannya berkahwin. How cliche. Thats what I called fate. Banyak yang aku belajar dari 2 peristiwa nih. Thank you Allah =)

Ehh..apasal tiba-tiba merapu pasal kisah lama lagi nie? Bukan hari tu baru buat entry tentang flash back nie ker? Cehhh =.=

Sebenarnya aku nak cerita tentang perasaan aku pd dunia blogging nih. Aku berblog utk suka-suka. Utk ada 1 medium utk aku bercerita tentang apa saja. Mostly tentang perjalanan hidup aku. Yang berkisar tentang sebarang perkara di sekeliling aku.

Nenek, Naurah & kucen

Masa mula-mula berblog, aku suka jadi silent reader jer. Baca blog orang, tapi tak pernah tinggal jejak. Kira macam dalam dunia aku jer. Hehehe. Aku nie pemalu. Tak suka nak menonjolkan diri sgt. Ecewahhh =p

Tapi itu cerita dululah. Entah kenapa & bila aku berubah menjadi manusia yang kurang malu, aku pon dah tak ingat. Akhirnya mula close dgn a few bloggers yang terjumpa blog aku secara tak sengaja or sbb aku yg tulis komen kt blog diorang. Dan aku rasa ia menambah rencah dalam hidup aku. I love it! Aku pon tak sangka aku suka. Hehe. I found a new side of me. At last =)

Then mula terjebak dengan momma blogger gatherings. Ini pon atas sokongan daripada my dearest hubby jugak. Dia yang galakkan aku utk join & dia pon sudi utk jadi driver utk isterinya nih. So, agak aktif jugaklah aku join mana-mana gatherings or birthday party anak-anak para bloggers sekalian. Dari blog utk suka-suka, dah jadi sebahagian dr hidup aku pulak dunia blogging nih. Aku tersangatlah tidak sangka. Huhuh...

Apa-apa pun, aku enjoy sgt dgn bloggers nih. Dulu aku tak minat sgt nak masok Facebook. Sebabnya macam boring. Takde sape nak sembang dengan aku. Haha. Sedih gila rasa. Tp dgn jalinan persahabatan dr dunia blogging, Facebook aku pon jadi meriah. Sembang-sembang dalam Ukhwah Group. And some of the besties in world of blogging. It makes my life happier & merrier. Love it!

Habi pon dah tak boleh nak kutuk-kutuk aku tentang my social life. Dulu aku akui aku mmg agak anti sosial. I'm just a homey person. I lived in my world of books. Thats my world. Tapi skrg, ada orang tu dah mengeluh bila aku asyik ajak dia keluar berjalan kesana kemari.

Well, salah siapa tue??? Hehehe =D

Popular Posts