Naurah Berpisah Katil

Assalamualaikum guys =)

Molek sungguh permbuka kata aku hari nie. Hehe.

Bermula malam Sabtu yang lepas, Naurah dah pon tido asing dengan kami. Tidak lagi berhimpit-himpit 3 beranak atas katil queen tuh. Aku belikan Naurah katil for toddler from Ikea. Beli second hand jer. Tak larat lah nak beli yang baru. Aku fikir asal boleh function macam katil, itu dah cukup baik. Alhamdulillah pembelian katil tuh pd aku aku sangat berbaloi. Apatah lagi datangnya siap dengan tilam & 2 cadar =)  Kotor sikit-sikit kat katil tu standard lah kan. Takkan nak expect macam yg baru pulak.

Dah tak sanggup nak tunggu mampu baru nak beli katil untuk Naurah. Asyik bertangguh sajo. Jadinya memang sampai sudah la kalo gitu. Entah-entah sampai Naurah masuk umur 3 tahun. Huhuh. Lagi susah nak pisah dah kot. Entah.

Sama keadaannya macam masa aku cuba asingkan dia tidur atas tilam kat bawah saja tanpa katil. Tidurnya tak berapa lena. Maklumlah dah biasa di tepuk & di peluk. Tapi dgn katil nie aku assumed Naurah lebih selesa & kurang bangun malam berbanding tido atas tilam saja macam sblm ni. So, kurang sikitlah aku kena bangun menuju ke dia. Yang menjadikan tidur aku pun terganggu. Makanya badan sakit-sakit sebab asyik ulang-alik bangun memantau si kecil.

Rasa macam kembali ke masa Naurah baby masa dia tido dalam cot pulak. Tak banyak bezanya dgn yang ini. As usual naluri seorang Ibu nih memang lah kuat utk anaknya. Dalam tempoh beberapa hari nie, aku yang sebok dok ulang-alik ke katil Naurah walaupun budak tu tido dgn lena & jaraknya hanya selangkah dua dari katil aku. Sampaikan tido pon dok pandang katil dia. Kesian habi sedikit terabai. Aku pasti dia faham =)

For the time being jer habi. Nanti dah lama-lama sikit, aku kembali lah menjadi normal yek! Hehe.

Sekali sekala aku akan jenguk kot-kot ade nyamok jahat nak geget budak tu. Dalam lampu kelam yang datangnya dari bilik air, macam lah nampak kan? Poyo. Tapi aku tetap cuba menajamkan penglihatan aku menjadi spt Super-Mommy. Juga dengan menggunakan pendengaran kot-kot ada bunyi nyamok dok terbang-terbang mencari lokasi yang sesuai utk mendarat. =B

Kadang-kadang tanpa aku sedar, hampir 10 minit aku tercegat dok memerhati Naurah tido. Dah macam pengawal penjara lagaknya. Sampai habi pon naik boring kot tunggu aku baring semula ke katil. Tup-tup dah dengar orang berdengkur. Kui kui.

Entah apa yang aku risaukan sangat, aku pon tak pasti. Aku cuma nak pastikan Naurah tido dengan selesa & lena. Mimpi yang indah-indah di atas katil yang aku beli khas utk dia. Kalau dah namanya Ibu. Memang macam tue lah kot.

Tak kira pukul berapa pon Naurah merengek samada kerana mengigau atau hanya krn mahukan susu, aku akan bangun dengan sepantas kilat dari pembaringan. Telinga aku nie tetap hidup walaupun sewaktu aku tido. Percaya tak? Sila percaya. Hihi


Aku ingat lagi masa Naurah baby, Mak aku tolong aku sekali sekala tido dengan Naurah kat bilik bawah. Aku & habi tido kat master bedroom macam biasa tp dengan pintu bilik aku biarkan sedikit terbuka. Aku pon tak tahu macam mana aku boleh dengar Naurah merengek sekali sekala kat bawah tu. Memang sepantas kilat je aku turun & tengok keadaan dia.

Sampai Mak aku cakap ' ko nie telinga ape hahh? Naurah baru merengek sikit jer ko dah sampai. Mak rasa takdelah kuat sangat Naurah merengek'. Hahahha. Sampai macam tu sekali Mak aku tanya. Aku pon takde jawapannya. Dah memang aku dengar. Nak buat macam mane? Minda luar sedar aku memang berfungsi dengan baik. Khas utk anak aku tuh. Hehe. Lain-lain tak sangat kot. Ngeee =p


Cerita sikit tentang perkembangan Naurah, budak tu skrg nie makin byk cakapnya. Maksud aku dia memang suka sgt repeat apa yang kita cakap. Selalunya word yang hujung-hujung tuelah. Mostly sebutan dia memang elok. Tak pelat sangat. Tp cute betul sebutannya tu. Hehe. Geram!

Naurah juga dah boleh count from number 1 to 10.  Memang dia sebut jer bila aku ajar dr buku number dia tu. Eventho pelat sebab English words nie kan cam susah sket nak nyebot. Maklumlah lidah jawa. Haha. Tapi bunyi tu tetap ada lah. Dia cuba yang terbaik utk sebut. Itu pon aku dah cukup puas hati =)

Gambar yang dia dah familiar, memang laju aje dia sebut. Sangat seronok yer bila dia sebut satu persatu word yang betul dari melihat gambar & word yang tertulis tuh. Kembang sikit hati aku nih. Tak sia-sia aku ajar walaupun dulu dia cuma diam & pandang aje. Sekarang dah boleh sebut sambil buat bunyi. Hati Ibu mana yang tak gembira kan? =)

Naurah juga quite addicted to channel BBTV. Dia paling suka part nursery rhymes tuh. Pastu lagu yang birthday boy or girl tuh. Pagi tadi siap dia berdiri dan ikut gaya yang kartun buat. Yang you set your left foot in, set your left foot out. And then you shake it all around. Hahha. Yang itulah. Tak pandai aku nak nyanyi. Dia buat kaki dia pastu goyang-goyang badan. So sweet. Kelakar pon ade tengoknye. Huhu.

Pastu lagi Old McDonal had a farm E-I-E-I-O. Suke betol dia ikot EIEIO tuh. Bila dia sebut jer, aku pon nyanyikan lagu tue. Suka lah dia...hihi..


Naurah juga girl yang sgt sweet. Suka kiss pipi aku dua-dua belah. Bila dia buat mulut muncung tu, tanda dia nak kiss pipi aku lah tu. Tiba-tiba aje datang, hug me & kiss. Pastu kiss Ayah pulak. Kadang-kadang dia buat jugak flying kiss mmmuhh dia tu. Dgn tangan lekap kat mulut dulu, pastu mmuahhh! Kalau kita cakap I love U, dia pon cakap A U. Hahaha. Tak pandai sgt nak sebut.

Tapi 1 yang aku tak boleh nak ignore. Bekeng dia tue tetap ada. Kena mood tak baik, semua kita suruh dia buat tak tau je. Pastu siap buat kening berkerut, mulut moncong sambil tgn silang dada. Perghh!! Terbaek sungguh tanda protes dia. Ikot sape lahh tu yek? Kenan ngan makcik kat Kuantan ler tuh....

Naurah juga suka panggil aku Mommy. Adehh...aku tak ajor pon. Tp bila aku turun dr tingkat atas, dia nampak je aku, tinggal ke TV dia, lari depang tangan & sebut Mommy!!!!! Aku dukung & dia pon pelok kuat-kuat. Aku paling suka moment nie. Priceless =)

Sometimes dia panggil jugak Bu!. Tak pernah lagi full word Ibu. Bila aku ajar sebut E, dia ikot. Pandai. Bu, dia pon ikot. Pandai. Pastu suruh sambungkan, Ibu. Dia geleng kepala. Cisss =.=

Naurah...kau memang penyeri hidup Ibu.....jadi budak yang baik & bijak ok!!


Toodles~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat