Rezeki Dari Langit

Life is full of surprises. Rezeki daripada Allah bukan hanya datang dari segi wang ringgit & pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan yang kita lakukan. Ada pelbagai cara Allah sampaikan rezekinya kepada kita.

Well, itulah yang terjadi pada diri aku semalam. Out of no where. Tiba-tiba saja my older sister, Kak Ya memberi sms berbunyi 'pergi Bangkok jom!next month'. Wah wahh...santai sungguh bahasanya. Macam nak ke Bangkok tu boleh sampai dengan menaiki basikal yang mengambil masa 15 minit saje yek? =.=

For Kak Ya, maybe lah its not a problem at all utk pergi kemana saja yang dia mahu. Poket penuh berisi. Duduk sorang-sorang kat ceruk Gurun, Kedah nuu. Ape ade hal?

Ate aku nie gaji tiap bulan cumalah cukup-cukup utk berbelanja barang sehelai dua baju baru utk Naurah. Duduk pulak kat kawasan bandar. Tak sesuai sungguh ayat sms Kak Ya tu diguna pakai pd aku. Tsk tsk =S

Cer carik mana Kak Ya? Hik hik

So aku pon balas lah sms dia tu dengan penuh sopan santun. Ongkosnya gimana sih? Tiba-tiba rasa macam nak cakap Indon pulak. Keh keh. She replied ' 486 per person pergi balik for 4 days 3 nights. maybe can sponsor flight or hotel'

Membacanya aku terus terkesima o_O Biar betik kakak aku nie? 3 beranak nie dia nak sponsor either one of flight or hotel? Serius ke main-main nih?

Then Kak Ya suruh sms my older brother, Abg Eddy for more details on flights & hotel. Bila dah dapat figure yang lebih tepat, sekali lagi aku tanya Kak Ya, is she serious on sponsoring tickets for me, my husband & Naurah? The total is around RM1k+ okeh! Aku takot dia cuma nak sponsor tiket aku sorang aje. Mane aku nak cekau duit wehh?

Dia pon reply. Boleh sponsor semua. Tapi jangan bagitahu my brother.

Hahahaha. Aku tak tahan nak tergelak. Apelah muslihat kakak aku nie sebenarnya yer? Jeng jeng jeng....

So aku pon terus sms Abg Eddy, ckp booked tickets for us too. Terus-terus he called & said he had to make new arrangements for hotel. Dia bajet aku sekeluarga taknak join. Well, supposedly mmg takkan join pon kalau takde tickets sponsor tuh. Keh keh..

The offer from Kak Ya is too good to be true. I could not imagine how I would have a heart to decline that kind of offer. Macam tak ter sms perkataan ' we cannot join '. Rasa macam peluang keemasan seumur hidup dilepaskan begitu saja. Perghh...

Sudah lah baru je diskas-diskas sama habi nak pergi Thailand for our 3rd anniversary next year. Tiba-tiba kami sambut anniversary lebih awal dari tarikhnya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan =)

Maybe we can experience riding on tuk-tuk?

So itulah yang aku panggil rezeki dari Allah. Percutian bersama keluarga yang lansung tidak di rancang. Tiba-tiba hampir menjadi kenyataan. Sebenarnya tengah tunggu details from Abg Eddy on the flights. Nan ado pon lagi. So, tak berani nak kata confirm lagi lah. Anything can happen maa!

Dapat je confirmation from Abg Eddy, zaaasss..kami perlu segera membuat pasport for Naurah. Thank god budak under 12 years old cuma kena bayar half price for 32 pages. Thank god jugak aku & habi memang dah ada pasport & belum expired. Kalo tak, duit nak datang celah mane lagi weh?

Dalam pada kesengkekkan gaji bulan ini, ada hati lagi ko nak berjalan yer Sharena? Udah ler perginya nanti belum sempat gaji bulan 7 dapat. Ekau gilo ko hapo?

Aku tunggu duit jatuh dari langit. Harapnya jatuh sebelum aku berangkat ke Bangkok. Amin. =B Err..kalo tak sempat jatuh, Kak Ya kata dia boleh dahulukan duit dia. Korang tak rasa aku gila ker kalo aku tolak tawaran macam nie? Hu hu hu...Seb baek aku masih waras.

Terima kasih Allah kerana bagi seorang kakak yang banyak duit & pemurah =D Aku doakan Kak Ya dapat semua kegembiraan yang ada di dunia nie. I owe u too much sis! Your goodness will always be remembered by me =)

* ape ada kat Bangkok ehh? hmmm....
** muslihat kakak aku takde kena mengena dgn perkara yang -ve. aku rasa dia cuma mahukan teman berjalan yang lebih happening macam aku. ting! =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat