Tak Comel Pun!

Hehehe...entry yang ini aku nak gelak dulu. Sebagai pembuka kata =B

Tadi aku tengok la entry lama-lama aku. Tengok gambo-gambo Naurah masa dia kecik-kecik dulu. Tau tak ape yang terdetik dalam hati aku?

Eeeuww..tak comelnya Naurah masa kecik-kecik nihh! Dah ler rambot pon segan-segan jer yang tumbuh. Hahaha...

2 months old
4 months old

Yang aku pelik tu, nape masa dulu-dulu tu aku rasa Naurah nie comel giler hahh? Macam dialah kununnya baby yang tercomel di seantero dunia. Tapi sekrang bila aku tengok balik gambo-gambo lama tu, rasa macam tak comel pulak. Pelik betol lah. Hehe.

8 months old
11 months old

Macam skrg nie, aku rasa Naurah lah toddler yang comel gilak. Tapi maybe a few months in future, aku tengok balik gambo dia, rasa tak comel pulak dah. Haha =b

Aku pernah cakap macam nie dgn habi. Bang, anak-anak orang lain tu kadang-kadang kite tengok macam tak comel pon. Tapi mak ayah dia tetap sayangggg sangat kat anak tu kan? Mesti Allah dah buatkan pd pandangan mata ibu bapa si anak tu bahawa anaknya lah yang paling comel sekali pd diorang. 

Lagi satu, kalau lah kita ibu bapa nie tak rasa anak kite tue comel, macam mana nak timbul perasaan kasih sayang pd anak tu kan? Benda yang kita rasa huduh, buruk dan sebagainya. Boleh ke kita nak sayang bangat kat dia? Macam susah kan?

Habi aku dengar aku cakap macam tu, punyelah dia gelak ker aku. Dia pelik gaknye camne aku boleh terfikir benda-benda yang macam mengarut nih. Hahaha. Eleh, takdelah mengarut mana pon kan guys? =B

Latest :-1 year 3 months+
 Takpelah kalau pon sebenarnya ko memang tak comel Naurah. Ibu & Ayah tetap sayang bangat sama kamu ok! Jangan sedih-sedih bila baca entry Ibu nie dah besar nanti yek!

Sekarang kamu makin adorable. Ibu suka sangat bila ko cakap 'jangan lahhh' bila Ibu & Ayah buli-buli kamu. So cute ok intonasi suara kamu bila cakap macam tu. Rasa cam nak kiss kamu 50 juta kali tau!! =D


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat