1 Month To Go


Hari nie genap Naurah Zayanie berumur 1 tahun 5 bulan. Bulan depan pada tarikh nie, ko akan dapat last injection ok Naurah! 18 Ramadhan 1432 H. Sehari selepas cuti sempena Nuzul Al Quran. Dah beso dah ko yerp Naurah. Lagi 6 bulan pastu ko nak masok 2 tahun dah. Cakap pon dah macam-macam. Pe'el pon dah macam-macam jugak! =.=

Ibu cakap Melayu, ko bantai Melayu. Ibu cakap English, ko bantai nak cakap English jugak. Ibu nak try ckp Tamil pulak la lepas nie. Haha. Memang sangat elok lah kalo nak anak pandai cakap bermacam bahasa baya-baya ko nih. Cume Ibu jer makin lama makin malas. Mesti ko dah boring asek belajar benda sama dalam 2 buku tu kan? Hahaha...


Minggu nie memang best. Sebab esok hari akhir aku bekerja utk minggu nie yerp! Hari Rabu pagi² dah kena terpacak kat LCCT. Dan penjelajahan ke Bangkok akan bermula. Percutian kali nie aku cuma mengikot sajelah ape kata kakak² ku dan abang nan sorang itu. Harung ajelah nak kemana pon. Cuma harap Naurah behave ajelah kat sana sok. Kebetulan budak tu dapat flu pulak skrg nih. Hope u get well soon dear.

Mee maggi in cup Kak Ya dah sponsor 2 dozen. Sardin & titbits pon ada. Tinggal nak bawak bbrp buku roti jer. Ini utk makanan kecemasan in case tekak masing² ada yang tak boleh terima foods kat sana. Better prepared la. Pengajaran masa pergi ke Vietnam dulu. Hehe.

Urusan pasport dah settled Sabtu lepas. Tapi ada masalah utk Anje berkaitan kad pengenalan dia yang tak boleh baca thumb print. Hari nie kena tahu dapat ke tak buat pasport dia tuh. If tak dapat, maybe can change her name for my youngest brother, Hirraz.


Ehh..korang dah tengok belom Drypers punya diapers for Special Edition? Hari Jumaat lepas g Mydin nak beli barang dapur. Kaut la Drypers si Naurah sebab Huggies dah tinggal sikit. Sekali tengok design SE nie cute giler weh! Teruja sungguh aku. Sampai² jer rumah, itu yang aku terkam dulu. Setiap 1 pek ada 2 jenis design berlainan. Ada 4 design semuanya. Semuanya menarik. I like =B Dapat gaji nanti nak beli lagi sbb takot takde stok dah. Hahaha. Tamak haloba.

Besday party Aqeef dah selamat pon di hadiri. Gambo pon dah upload tadi. Settled. Keluar rumah semata-mata nak pergi Keramat tu jer. Pastu teros balik rumah takde singgah mana² pon. Habi kata tak payah sebab lusa dah nak jalan² kat Bangkok. Gitu pulak T_T

Syok sebab dapat jumpa Reen+Payin & Khaleelah+ Mareesa for the first time. Dapat lagi jumpa Ann yang dah agak lama menyepikan diri & muka-muka biasa macam Dayu & Ainul. Cuma laki ku tertanya² dimanakah Jue Rayyan sekeluarga. Ahaha. Diorang tengah sebok menguruskan diri yerp! Hehe.



Sampai rumah aku flat giler. Nyaris² tertido atas sofa kalo tak terdengar ada suara budak kecik dok panggil² Ibu! Ibu! Lemah lembut aje dia kejut aku. Tapi apahal pulak lepas tu aku dengar suara dia cakap "Sian....Sian..." sambil merasakan rambutku di belai lembut. Kesian yerp tengok Ibu kepenatan? Hihi.

5 minit terlelap, dengar ade orang kentung kentang kat dapo. Rupanya habi tengah masak lauk utk dinner sambil mendukung si Naurah. Thanks dear for helping me on my chores. I owe you too much! You're the best husband ever =B


Toodles~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat