Almost EL

Hari nie aku nyaris-nyaris EL. Malam tadi Naurah asek la merengek dalam tidonya. Nak tido berpeluk sokmo. Instinct aku kata, mesti ada something wrong nih. Aku rasa badan dia, masih normal lagi. Lepas dia lena dalam pelukan, aku letak dia balik atas katil dia. Dalam 5 minit lena, bangun lagi merengek. Begitulah yang terjadi dalam beberapa kali.

Sampai akhirnya aku give up & tidokan dia sebelah aku. Habi masa tu tak naik atas lagi. Setia tengok game bola kat TV1 di selang selikan dengan bang bang boom. Aku naik atas cepat sebab merajuk dengan habi about something. Tanda protes konon. Keh kehh =p



Tepat jam 1 pagi, aku terjaga bila terdengar rengekan Naurah. Habi pon bangun buat susu. Aku rasa badan Naurah dah panas dah time tue. Terus bagitahu habi soh amek ubat demam kat bawah & bagi kat budak tue. Biasalah nangis-nangis sikit, minum susu dalam 1oz, aku lap-lap sket badan dia dgn sapu tangan basah & not long after that dia pun tertido.

Pukul 6 pagi Naurah merengek lagi. Aku rasa badan dia semula. Alamak! Panas sangat nih. Amek suhu 38.6. Biasalah bila kesan ubat dah habis, panas lah balik kan? Terus aku kejut Naurah & sponging lagi badan dia. Melalak-lalak la budak tu sebab tengah syok tido, tetiba rasa sejuk kena air kan? Tersedu-sedan dia nangis. Tak sampai hati aku nak masokkan ubat montot time dia macam tue.

Terus pujuk pegi turun bawah tengok cartoon & time dia ralit tengok tue, aku pon slowly masukkan ubat montot tuh. Nangis la jugak kejap. Tapi sebab ada cartoon depan mata, kejap ajelah nangisnya. Huhu. Mula-mula aku & habi decided yang aku pergi kerja juga sbb cuti aku dah tinggal sikit. Nak pegi Bangkok sok jer 2 hari dah kena apply cuti. So habi jelah yang EL sebab cuti dia banyak lagi. Tapi bila amek temperature, suhu badan Naurah dah normal & as usual budak tu pon aktif macam biasa eventho demam. So, we decided to go to work together.

Pesan pada Anje suruh pantau temperature Naurah kat nursery. Sms aku kalo badan Naurah panas semula.
Habi pulak pesan kat MIL soh bagi ubat demam tengahari nanti. Bekalkan juga ubat demam & syringe dalam beg Naurah. And off we go to work. 

Sikit lagi nak masok exit Cyberjaya, ade roadblock pulak. Memang kami dah jangka pon. So, lewatlah 15 minit sampai ke office. Menjelang perhimpunan Bersih 2.0 nih, memang merata jugaklah roadblock dibuat. Hangin memanglah hangin sebab time kita sebok nak masok office tuelah diorang buat roadblock. Takde mase lain ker? Sudahnya jalan jammed berkilo-kilo meter. Haihh..

Anyway, aku harap demam Naurah kebah dalam sehari dua nie dengan pemberian ubat yang mengikut jadual. Itu jer caranya utk mengelakkan anak demam teruk & berpanjangan. Hingus & batuk pon takde lagi. So, kalo bagi ubat ikot timing, Insyallah demamnya akan terbantut. Tak lah risau sangat aku dibuatnya. Hmm...

Ok. Itu saja bebelan aku utk pagi nie. Tata...



Popular Posts