Back To Malaysia

Alhamdulillah =) Masih ada jodoh aku menulis utk kesekian kalinya dalam blog poyo nih. Dapat juga berkongsi cerita dengan dear readers sekalian. Syukur Ya Allah =D

Arrived at Suvarnabhumi Airport. Tengah tunggu van to pick us up.
Yupp. I'm back to Malaysia. My beloved country after 4 days 3 nights berada di kota Bangkok. Sukhumvit area to be exact =) We stayed at Citadines Hotel & Apartment. Aku & habi ingat 1 apartment 3 bilik. Rupanya setiap family 1 bilik yang berasingan tetapi berdekatan. Citadines nie under Ascott Hotel & Apart. 

Abang Eddy tengah check in kan semua orang kat Citadines Hotel & Aprt.
PC Apple wa cakap lu! Naurah pon teruja ok. 1/2 hour caj Thai Baht 100=RM10 yerp! Hehe
Naurah adalah super happy sepanjang kami di Bangkok. She really enjoyed the trip =) Kiss u 1 million!
Kat KL, Ascott punya rate RM400+ semalaman ok! Kak Ya cakap, staf Petronas yang ada kerja kat KL pon dah tak duduk sana sebab terlalu mahal. Aku pernah merasa duduk Ascott KL a few years back. Itu pon sebab temankan Kak Ya yang kebetulan ada meeting kat KL. Masa tu rate Ascot takdelah semahal sekarang.




Kat Citadines, rate semalamnya hanya Thai Baht 1600. Lebih kurang RM160 saje. Banyak betol bezanya kan? Overall memang suka duduk kat sana. Biliknya modern style. Paling syok boleh memasak. Travel ramai² & ke negara yang 95% penduduknya beragama Buddha, memang lagi jimat kalau masak sendiri. Paling penting, status halal tak menjadi masalah. Cuma lauknya mostly berasaskan seafood sajelah yerp! Hehe.

Syok dapurnya. Serba lengkap. Siap masak ikan talapia stim. Rencahnya cuma halia & lemon. Superb!

Roughly, Bangkok is a very interesting city to explore. Not like KL, Bangkok is quite a large city. Honestly, Bangkok for me is not much differs with KL. The jam, the busy peoples & life styles. Its remind me of KL a lots.Yang lainnya cuma tulisan Thai yang satu hape pon takkan paham & kenderaan² nya yang agak mahal ( kalo di Malaysia ). 

Kat sana taxi semuanya pakai kereta cap Honda & Toyota. Semuanya baru² pulak tue. So nampak cantek ajelah pemandangan kereta kat jalan raya di sana. Kereta buruk² kena keluar bandar sket baru nampak. Negara Thailand tak ada kereta nasional macam negara kita. So diorang punya tax utk foreign kereta tidaklah semahal di Malaysia.

Thats y kereta taxi diorang selamba aje pakai Vios & City. Keh kehh. Ada beberapa kali terserempak dengan Savvy & Gen 2. Rasa bangga gila. Haha. Tu belom nampak stesen minyak cap logo Petronas lagi tuh! Masing² kembang kempis hidong menahan bangga. Wahaha. Kak Ya maybe sampai nak terkoyak seluarnya sbb Petronas adalah majikan dia. Hihi =p Banyak jugak stesen minyak cap Petronas kat sana =)

Satu lagi aspek yang membezakan KL & Bangkok adalah dari segi tempat tarikan pelancong. Bila pergi Bangkok, dari segi kaca mata pelancong, memang sangat seronok kat sana. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati walaupun mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang 1 jam dari tempat kami menginap. Kami bandingkan dengan apa yg ada di KL, rasanya macam KL tak ada apa-apa sangat.

Kalo aku adalah pelancong dari negara Eropah, aku akan pilih Bangkok dari KL. Ini pandangan aku secara jujur lah yerp! Tak bermaksud aku tak patriotik. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri maa. Tanah tumpah darah ku yo! =B

Ok lah. Ini entry pembukaan jer dulu. Dah tak sabar sangat nak menaip kat keyboard ni hah. Gian. Haha. Entry yang seterusnya maybe ada sampai Part 4 sebab aku akan cerita day by day pengalaman kat sana. Tempat² yang kami semua lawati beserta gambar² yang telah di snap. Nantikan yerp! =)

The 3 of us in Tuk-Tuk =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat