Bangkok - Day 3

Damnoen Saduak (Floating Market)




Perjalanan dari hotel ke Floating Market mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang excited sket la sebab nak experience naik sampan berbot sambil membeli belah. Pukul 6.30pagi kami sudah bergerak dari hotel sebab floating market nie buka for half day only. Sampai je ke tempat yang dituju, tak ambil masa lama teros kami naik sampan bot yang memang menerujakan hati & jiwa. 

Pada aku, tak cukup haul lah kalo pegi Bangkok if tak experience floating market nih. Its very fun & exciting ok! Bila berlaga dengan sampan yang lain, masing-masing tersenyum & ada juga yang melambai. Berjumpa pula dengan school boys from KL yang maybe ade tournament bola sepak or sekadar lawatan. Rasa teruja jumpa orang senegara. Hehe.




But bear in mind yang korang tak perlu bershopping sakan di floating market nih. Sebabnya price diorang adalah 2-3 kali ganda mahal dari di Chatuchak Market. Haa....itu cerita utk esok punye shopping sakan yerp! Last day at kota Bangkok. Hee...So, kat floating market nie, yang sesuai korang beli cuma air kelapa fresh or buah-buahan segar yang memang rasanya super sedap & manis dari buah-buah tempatan negara kita. Kenapa? Aku pon tak tahu. Pdhal negara kita sama iklim jerp dgn Thailand. Tp itulah satu benda yang aku noticed tentang perbezaan rasa buah antara 2 negara nih.

Even buah yang di jual di supermarket kat sana pon much more cheaper than in our country. Plus rasanya yang memang totally tastier. I like. Aku kan hantu buah. Keh kehh. Ok, selain tu, boleh jugaklah beli souvenirs kecik-kecik yang might be takde kat Chatuchak Market. Jangan memborong sudah. Beli utk kenangan masa g floating market 1 jer pon dah cukup. Hihi.

Around 1 hour jugaklah sampan bot pusing-pusing kat situ. Bila naik sampan tu ramai-ramai, kan dia jadi mendap. So kite memang rasa dekat sangat dengan air. Seram jugak kkdg rasanya. Haha. Tangan di  nasihatkan jangan letak keluar daripada sampan. Sebab takot tersepit antara sampan since ada lorong yang macam sempit sket lah. If nampak sampan yang jual benda yg anda nak beli, cakap je dengan jurusampan tu. Tak pon lambai jer tangan kat penjual sampan yang berkenaan. Pasti kejap je diorang akan dtg ke sampan kite.



Elephant Adventure



Settled kat floating market, kami ke tempat di mana kita boleh naik atas gajah & lalu hutan & sungai bagai. Seronok kan bunyinya? Malangnya Emriel Syahran anak Abg Eddy takot giler sampai menangis sungguh-sungguh nak pergi dari situ. Dia takot tengok gajah beso-beso kot. Plus quite pricey lah kalo nak experience gajah nie. Tak salah aku dalam Thai Baht 7500=RM75 per pax.

Tapi punca utama kenapa tak naik gajah adalah sebab anak abang aku tuelah. Kalo dia tak meraung gitu, rasanya kami redah jer sbb bila lagi nak experience naik gajah kan? Takde rezeki kami di situ. So, cecepat cakap dengan Latif, our tour guide for the day to proceed to the next itinerary

Cerita pasal Latif, dia nie rakyat Thailand, muslim, berkahwin dengan orang Malaysia & ada 4 orang anak tapi menetap di Thailand. So dia paham jugaklah sikit-sikit bile kitorang cakap Melayu. Cuma lebih selesa & fasih berbahasa Inggeris. Very soft spoken & polite.

Cobra Show



Destinasi seterusnya sekarang ialah ke pertunjukan ular. Murah jer masok sini. Thai Baht 200=RM20. Not bad jugaklah show dia. Geget ular pakai mulut. Keh kehh. Paling syok tengok cerpelai lawan ngn ular. Power ohh menatang tu lawan ngn ular. Aku rase mmg kalah ler ular ngn cerpelai nih. Lawan tak sampai seminit dah terkulai lemah dah si ular. Caya lah cerpelai or mongoose dalam Englishnya. Hihi.


Aku as usual, tak takot pon nak pegang ular. First time aku pegang ular masa masih student matrix tahun 2001. This is my 2nd time dapat rasa kulit ular. Tak geli pong. Bukannya berlendir pon. Haha. Tapi Naurah lah paling aku tabik. Si Emriel dah menjerit-jerit takot tengok cobra show tuh. Naurah dok tenung aje takde bunyi. Bagos ahh budak tu. Berani macam Ibu nya jugak. Hehe. If aku pegang ular masa usia 20 tahun, Naurah 1 tahun 5 bulan dah pegang ok! Yesss. Memang dia pegang pon eventho dalam keadaan kurang pasti, aku berjaya yakinkan dia yang its fun actually. Tammo ahh takot² Naurah. Tak cool ok! Haha...

Pas show ular habis, jalan-jalan la tengok menatang yang ade kat situ. Ular ade banyak, buaya besar gabak sekor, tortoise, cerpelai & bbrp jenis haiwan lagi lah. Bayar murah, so hewan pon x banyak mane la yerp! Ahaha...Ade gak jual-jual souvenirs kat luar tue. Tapi takde beli apelah sebab dah set kepala nak memborong di Chatuchak Market keesokan harinya. Heee....

I wish this is me. Too bad, its my sister. Bile aku nk dpt badan camni balik yerp? T_T
 On the way balik city, sempat singgah kat R&R utk van isi minyak. So kitorang pon melantak la lunch Nasi Goreng & Bihun Goreng yang masak pagi tadinya tu. Save budget ok! Sempat membeli Udang Kara RM18 per kg & beli buah Salak masam, manis, lembut & tak kelat mcm kat Malaysia. Murah pulak tu bagi aku. 3kg=RM10. Buahnya pon bersih aje. I like.




Siam Paragon Mall



Ok, now dah tengahari, takde ape dah kat area situ. So off we go to Bangkok city & experience another shopping mall. Siam Paragon. Mall yang ini sama taraf macam Pavillion & Suria KLCC yerp. So, window shopping saja di benarkan. Hahaha. Keluasannya adalah tahap super sampai naik lenguh berjalan. Ada international food exhibition etc. Kitorang memang jalan-jalan free & easy cuci mata sambil mengambil gamabr seperti yang selalu pelancong lakukan.

Kalo kat Malaysia, aku tergelak tengok mat saleh berhenti tepi jalan amek gambo dengan pokok kelapa sawit. Kat sana, maybe orang Thailand gelakkan aku dok selok bergambar dengan kereta Ferrari. Kah kahh.

Naurah pon selok. Kah kahh =p

Muslim Restaurant (dah lupe namanya hihi)

Around 6.00 petang, kami tiba di kawasan byk restoran muslim & teros have dinner kat sana. Makanan sedap tapi super pedas. Kalo aku yang kuat pedas nie pon boleh rasa tak tahan dengan pedas orang Thailand, bg yang tak suka pedas, entah macam mana. Diorang jenis dah letak cili padi, cili api pon letak lagi, cili kering pon nak letak jugak. Pd diorang setiap cili bagi rasa pedas yang berlainan. Tu yang super pedas tuh. Gilo tak? Haha. Pedas tapi sedap. So, tahan jelah kepedasan itu sebab perot pon dah membunyikan lagu XPDC - Aku Tetap Aku. Hik hik =p

Haa..kat sini aku & habi belanja semua orang makan. Sebabnya 6 org dewasa makan cuma Thai Baht 9100=RM91 sahaja. Kalo mahal-mahal kami tak mampu nak belanja yerp. Ahahah... Plus takde gambo sebab bz nak makan. Hehu.

Pas makan, we said goodbye to Latif sebab rumah dia dekat dah dengan area situ. Dan kami pun pulang ke hotel dengan perut yang kenang & hati yang senang.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perot senang hati
Lalalalala....

End of day 3


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat