Bangkok - Final Day

Chatuchak Market

Deme pon geram ke Naurah. Seb baek budak tu x nanges. Gaya dah ade tuh..haha

Yeayy! Its our final day in Bangkok. At last kan? Aku pon dah naik malas nak mengingat peristiwa² masa kat sana. Keh keh. Tapi sebagai rekod di masa datang, memang ada baiknya jugaklah story mory kat dalam blog tentang holiday kat Bangkok nie kan? =)

Ok, final day, semua macam lembab sket nak bergerak & memulakan penjelajahan. Sebabnya malas nak kemas baju bajan kotor packing siap² utk check out. Since taknak terkejar-kejar utk check out if dah keluar jalan², makanya kami check out siap². Dpt juga mengelakkan dari dikenakan caj tambahan sekiranya lambat check out. Jadinya pukul 10pagi baru kami turun ke lobby & check out. Pastu bagasi semua tinggal dulu kat hotel. Taktik yang sangat bagus di gunapakai. Sama macam masa holiday 3 beranak kat Kuching bulan 5 yang lepas =)

Nak balik baru nak kawan =.=

Nak ke Chatuchak Market nie lebih senang if naik MRT. So, berjalan lagilah kami beramai-ramai menaiki pengangkutan awam itu. Memang betol² teros sampai di market bila berhenti di stesen Khampaengphet. Sampai² sana jer, manusia memang dah ramai yerp! Panas terik pulak hari nie. Tapi demi utk mencari souvenirs utk keluarga, saudara mara & sahabat handai, kami gagahkan juga kaki melangkah. Cewah..

Bila masok kat lorong² kedai jualan, ada kedai yang  berkipas & ada gak yg aircond. Kira macam lorong tertutup ada bumbung lah. Tapi agak sempit. Tak selesa sket nak tawar menawar & menyinggah lama. Tu yang kurang bestnya. Kami habiskan masa hampir 3 jam kat Chatuchak nie. Beli fridge magnet, key chains, t-shirt, skirts, pants & macam² lagi lahh.

Lunch time
1 yang aku paling suka, nak cari baju saiz aku tak susah. Aku pelik jugak sbb kebanyakan wanita di Thailand badannya kurus² aje. Or lebih sesuai dikatakan normal size lah. Tapi the baju banyak juga yang size besar² macam badan aku. Thats y aku agak menggila memborong blouse yerp. Hihi. Habi pulak sempat membeli kasut jalan Adidas kaler biru. Dia kata kena beli sbb much more cheaper than kat Msia & org opis dia selok ejek dia asek pakai kasut Converse merah dia tu every Friday. Kah kahh. Aku pakai sandal sama hari² tak kira waktu keje or waktu cuti takde hal pon?? Huhuh

Dalam pukul 1.30 petang, kami dah selesai memborong kecuali family Abang aku. So kitorang decided utk lepak kat area MRT sebab ada aircond. Panas lah kat luar tue. Kesian ke Naurah dah berpeluh-peluh sampai dibuatnya. So sementara menunggu Abang aku, kitorang merempat la duduk bergelimpangan kat lantai MRT tuh. Ramai jugak orang yang buat gitu. So, takde hal sgt lah. Buat macam tempat sendiri jerp. Hehe. Makanya sesi bergambar pon berjalan utk menghabiskan masa terluang sambil merehatkan kaki yang kepenatan.




Around 2.10 petang, kami pon bergerak balik ke hotel utk mengambil bagasi, dan pukul 3.15ptg dah bertolak ke Suvanabhumi Airport since our flight to KL is scheduled at 6.25pm. Sampai airport, check in kan diri masing² & solat & mengisi perot yang sudah menyanyikan lagu I'm Free To Decide from The Cranberries. Di sebabkan kami makan, memang dah terkocoh-kocoh sungguh nak check in kan diri masing². Plus jarak nak ke flight yang agak jauh. Memang dah berlari anak dah kami semua. Dalam perjalanan sempat nampak kat skrin tepi² tu announcement Final Call for our flight. Sah memang kami dah lambat. Keh keh.

Alhamdulillah kami semua sempat boarding in the flight dalam kemengahan yang teramat. Aku lagi la dengan mendukung si Naurah. Seb baek masa kat sana stamina aku over power sket. Dapatlah catch up dengan the rest. Masa bg boarding tickets pd pramugari, sempat aku kerling jam kat skrin tv menunjukkan jam 6.39pm. Flight memang tunggu kami saje time tuh. Kalo nasib tak baik, bagasi kami jelah yang selamat sampai ke KL dulu malam tu. Tuan punyanya semua terkandas lagi kat kota Bangkok. Keh keh.



Syukur Alhamdulillah kami semua di sempatkan. If tak pegi makan, shud be ok je sebenarnya. Tapi dah ketua rombongan selok nak makan jugak. Nak taknak, ikot jelah. Kang tak pasal² kena tempelak. Kah kah.

Naurah, as usual super behave semasa di dalam flight. Menjeles sungguh Abang & SIL aku nengoknya. Siap main kiss² lagi dengan aku. Chinesse lady yang ddk sebelah kami pon dok usik² main dgn Naurah. Siap usap² rambut ciput Naurah lagi.

Pastu ada drama sebabak keluarga tak bahagia pulak dalam flight. Betul² depan seats aku & Abg aku yang sebelah sana. Diorang nie kira 1 family lah travel. Siap ada tok nenek sekali. Semuanya warga China. Anak lelaki diorang umur dalam 2 tahun+ gitulah mula² ok jer. Sekali masa dia tgh jakun tengok keluar tingkap, Ayah dia turunkan dia soh duduk kat tempat dia. Budak tu pon ape lagi. Mengamok sakan la hajatnya di halang nak menikmati pemandangan luar. 1 flight dia teriak kaw². Dekat 20 minit jugaklah dia meraung-raung dalam tu. Mak dia ambil pon dia meraung jugak macam kena sampok. 

Semua orang memang dah pandang² lah kan. Naurah lagi lah diam terkedu siap buat muka terkojot pandang ke aku pastu tanya 'nanes??' sape wat??' keh kehh. Gitulah selalu Naurah punya reaction bila aku pura-pura menangis kat rumah. Nenek budak tu siap kata lagi kat budak tu mcm, cer tengok budak tue (tunjuk ke Naurah) baik aje duduk diam. Lagi kuat budak tu meraung. Hehehe.

Bila dah agak lama, bapak budak tu amek budak tu dr mak dia & dia pukul montot anak dia pastu cubit pipi budak tu sampai merah². Pilu jugak hati aku menengoknya. Dia buat mcm tue, bukan budak tu boleh jd diam pon kan? Lagi dia meraung ade lah. Dah tak sabo sgt dah gaknye bapak dia tue. Mak dia pon cubit balik bapak dia pastu rampas anak dia & bwk ddk seat dia balik. Berlaku pulak perang mulut laki bini. Dalam masa yg sama nenek bdk tu dok sebok buat susu utk budak tu. Tak lama, bg susu, budak tu pon tertido. Semua org pon lega. Fuhhh...

Sampai ke LCCT, budak Naurah tu tak tidur pon. Baik aje dia main² kasut dia bagai dgn aku. Lega sgt aku rasa sbb habi duduk kat depan terpisah dgn kami. Abg aku & Emriel je yg 1 row dgn aku tp belah sana. Yang lain semua kat belakang. Sampai² je kami berpisah dgn family Abg aku. Diorang terus balik ke Keramat naik teksi. Kami semua naik kereta 2 biji yang di park di tempat free parking dekat dgn Tune Hotel tuh. Anje & habi menapak ambil kereta, aku Naurah & Kak Ya menom coffee dulu kat Oldtown. Keh kehh. Haus.

Sampai rumah, tengok tv sat, mandi & tidur.

Sekian, catatan holiday aku & family di Bangkok pd 20-23 July yang lepas. Duit Thai Baht dalam tangan ada 2200 lagi. Kak Ya kata dia macam nak pergi lagi ke negara Thai. Maybe ke Krabi or Phuket pulak. So, dia pon simpan jer Thai Baht dia tuh. Aku pulak rase macam nak jual aje kat sape² yang nak. Kalo takde, simpan or tukar kat money exchange jelah eventho dapat murah jer bila jual tuh. Tengok keadaan la macam mane.

The End.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat