Bangkok Mania

Ok. Dah dapat itinerary tentang holiday Bangkok next week. Terbang dari LCCT ke Bangkok 8.25am ETA 9.30am. 1 jam aje rupanya yek? Lama lagi masa pegi Kuching hari tue. Keh kehh. Balik pulak pukul 6.30pm dari Bangkok ETA LCCT 9.40pm. Aik? Pegi 1 jam. Awat balik makan masa sampai 3 jam 40 minit pulak?

Wahahaha. Aku dah kompius o_O

Rupanya macam nie. Office mate aku cakap, perjalanan dia sebenarnya pergi balik makan masa lebih kurang 2 jam jer. Cumanya masa yang tercatat semasa nak berlepas & mendarat tue ikot waktu tempatan.

Berlepas dari LCCT 8.25am, kalo  ikot waktu kat Bangkok kena tolak 1 jam la sbb diorang lewat 1 jam dari kita. Kat sana kira pukul 7.25am. Thats y bila sampai ke Bangkok, makan masa 2 jam, sampai pukul 9.30am. 7.25am - 9.30am = +- 2 jam

Balik dari Bangkok 6.30pm waktu sana. Waktu Malaysia 7.30pm. Patutlah sampai waktu Malaysia 9.30pm. 7.30pm - 9.30pm = +- 2 jam

Maklomler orang baru kali ke-2 naik flight pergi negara orang. Haruslah kompius lebih. Hehehe. Poyo.

I am aiming to shop at Chatuchak Market (8000 stalls ok! o_O)

Ape² pon tengok ramai orang update pergi bercuti luar negara, contohnya dalam blog Wani yang ke Krabi menjelajah pulau² indah & blog Xeea yang ke Singapore menjelajah Universal Studio, adalah amat membuatkan naluri utk pergi oversea lagi next year membuak-buak.

Well, impian nie boleh tertunai if kami laki bini dapat bonus serentak macam tahun ini & tahun² sebelumnya saja. Buatnya next year tak ada? Dapat pergi Melaka pon dah cukup baik gaknye. Ahahah. Plus kalo ade rezeki terpijak lagi macam pergi Bangkok nih. Aku doakan Kak Ya dapat bonus dari Petronas utk 10 bulan pulak tahun depan. Ok tak? Maybe dia boleh belanja kami sekeluarga ke Gold Coast pulak kan? Hahaha..hebatnya anganan aku T_T

Anyway next year ada dengar ura-ura untuk ke Bandung bercuti bersama family in law. This year pegi Port Dickson jer. Next year up lah sket kot. Hehehe. Adekah my parents in law sudi sponsor tiket kami 3 beranak? Jeng jeng jeng. Sama-sama kita nantikan...hihihi =B

I love to experience Damnoen Saduak: Bangkok Floating Market

Mak aku baru je called lunch hour tadi. Saje tanya² pasal hal nak pergi Bangkok nih. Dah buat pasport ke Naurah & Anje ke belom etc. Mak aku cakap dia takot nak pegi Bangkok sebab ade orang pakai baju Merah & Kuning. Hahaha. Aku dah tak tahan nak gelak. Mak aku maksudkan demonstrasi jalanan yang biasa rakyat Thailand dok buat tuelah. Mesti dia dah terpengaruh dengan Abah aku nih!Hehehe.

Aku harap time aku ke sana next week, Bangkok tengah aman damai lah yerp! Takot jugak kalo ade demonstrasi ntah hape² jer nanti. Tak pasal² cancel nak pergi shopping mopping baju raya utk Naurah pulak. Tak syok la kann? theheheee =B

Rase macam nak strictkan diri duit utk belanja² kat sana RM500 sahaja. Boleh ker hah? Jawapannya boleh. Tapi makan siap² la bawak mee maggi cup, roti 5 buku & kaya. Sanggop? T_T

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat