From Big Mac To Double Cheese Burger

From Big Mac

Malam tadi lepas mandi, aku pon mengadap cermin utk bersolek dalam master bedroom tuh. Habi tengah sedap landing atas katil sambil memandang ke aku. Naurah ade kat bawah tengok kartun bertemankan Cik Anje nya.

Dalam pada aku dok menyikat rambut, aku pon saje-saje jelah tanya pada habi.

"Abang, orang nie ade susut tak sejak pakai PB? Tengok macam takde ape-ape pong! Kecuali tang lemak kat perot nielah. Itu jer yang orang perasan ade kurang. Hmm...."

Then habi pon jawab.

" Dulu sayang macam Big Mac. Sekarang sayang dah Double Cheese Burger."

=.=

Dalam pada aku rase nak makan orang tuh, bila tengok habi dok tergelak-gelak atas katil, akhirnya aku pon tak tahan nak tergelak sama. Marah dalam tawa. Camner?

Sampai hati habi samakan aku dengan burger McD yerp? T_T 

Seb baek jawapan dia tu, walaupun dalam bahasa berkias yang menyakitkan jiwa raga nurani aku, ianya +ve. Bermakna penurunan berat itu ada. Thats good enuff for me =)

To Double Cheese Burger

Popular Posts