Ramadhan Al Mubarak


Insyallah, pada hari Isnin nanti, umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa utk tahun 1432H. Dengan ini, aku nak mengucapkan Happy Fasting to all my dear readers & moga kita sama-sama berusaha memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Sedaya upaya utk tidak meninggalkan solat & cuba juga utk bersolat di awal waktu.

Berbuka puasa janganlah kiranya mengikut hawa nafsu. Begitu juga sekiranya ke bazar ramadhan utk membeli pelbagai juadah. Dan jangan malas-malas utk bangun bersahur yerp! Moga puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.

Mohon maaf sekiranya ada entry dlm blog ini yang pernah mengguris hati orang yang membacanya. Percayalah yang aku tidak pernah berniat utk menyakiti hati sesiapa dalam setiap entry yang di tulis. Semuanya di tulis berdasarkan perjalanan hidup aku & hanya utk di jadikan kenangan di hari tua. Juga supaya senang nak mengingat peristiwa² yang pernah berlaku dalam hidup aku. Maklom ler daya ingatan manusia semakin lama semakin menurun yerp! Hehe.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan =)
Wassalam
Maafkan salah & silap Ibu saye yerp! =B

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat