Tutorial Siang Ketam

Tutorial Siang Ketam

Atas permintaan seorang sahabat yang dirahsiakan identitinya, aku buatlah tutorial cara-cara nak menyiang ketam yang tersangatlah mudah & cepat. Sahabat tu duduk kat Kontan. Cer teka...cer teka....miahahha....

ketam nipah

1) Nampak tak bentuk segitiga kat badan ketam tuh? Mula-mula korang kopek yang itu dulu yer. Buang.

2) Lepas dah buang, baru senang nak kopak cengkerang dia pulak. Cengkerang tu boleh ler buang yer.

3) Bila dah buang cengkerang, akan nampaklah samada ada telur ke tidak ketam tuh. Kalo nampak kaler oren-oren tuh, tak payahlah gatal tangan nak buang. Aku ketok jari tu kang dengan pisau. Hahha. Kejam! Telur ketam tuelah yang buat lagi lemak manis rasanya masakan kita nanti. Terutamanya kalo masak ketam lomak cili api neghori. Hehe.

ketam bunga

4) Gambar kat atas tue, nampak tak yang cam jalur-jalur tu? Lepas bukak cengkerang, korang akan nampak benda alah tue. Dia macam sponge lembut-lembut gitu. Benda alah tu bukan boleh makan. So, sila buang yer. Lepas buang benda tue, dah bersih lah ketam korang.

5) Next step, kaki-kaki ketam yang di rasakan takde isi utk di makan, korang gunting jelah. Kasi tinggal yang ada isi aje. Kemas sudah la ketam kamu.

6) Ketam nie boleh la di potong dua if besar. Kalo nak masak sekor gitu pon takde masalah. Kalo periuk kecik, better potong 2 lah. Ketam kan memang macam dah ada pembahagi kat tengah-tengah badan dia tuh. Senang je potong pakai pisau besor sket. Zass!

7) Kadang-kadang kalau sepit ketam tu besar & panjang sangat, aku patahkan aje siap-siap. Senang nak masok periuk ketam tue kang. Nak makan nanti kena patahkan jugak kan? Haha. Pastu sepit tu kalo beso & keras, boleh ler ketuk-ketuk sket bg ada ruang utk kuah serap masok dlm tue. Bertambah lah sedapnya nanti. Perghh! Marbeles...

8) Ok. Dah boleh basuh ketam. Basuh la buang apa-apa yang di rasakan tak perlu. Sebenarnya takde ape nak buang lagi dah pun. Cuma utk kebersihan. Basuh jelah ape susah sangat nih weyy? Hahaha. Asek nak marah je kalo ajo org nih. Nampak sangat tak boleh jadi cekgu. Hehe.

Sekian, terima kasih.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat