Weekend News

Woh! Jenuh aku edit header baru. Lantok ler dia cenggitu. Malas dah. Tunggu datang time rajin baru edit lain. So buat masa nie, korang semua bersabarlah dengan header poyo tu yer. Tak kuasa dah aku =.=

Citer pasal weekend yang lepas, pagi Sabtu tue aku ke Balai Polis Cyberjaya. Bukan pergi nak buat report polis ke hape yer. Ade friendly game, volley ball & badminton between my company & police staffs. Since habi jadi one of the players for volley ball match, harus lah anak bini pon jadik supporter jugak.

Sebenarnya aku bukannya rajin sgt join events under company nih. Malas. Hehe. Tapi bila join tuh, mmg rasa seronok jugak sebenarnya. Selalu kat opis kita nampak semua orang pon formal jer. Bila jumpa kat luar dalam suasana yang santai, rasa macam lain pulak. Semuanya mingle macam tak pernah kenal satu sama lain. Lain sungguh bila kat opis dgn kat luar kan? =) 

Dengar citer on 16th nanti ada bowling match pulak kat Sunway Pyramid. Yang ini macam ok gak kalo join nih. Dah bertahun tak main bowling. Dapat main free syok jugak kan? Haha.

Apepon kami x sempat nak tunggu all the matches end. Kami ade jemputan kenduri kawen di lorong rumah tuh. Pas pegi kenduri kat situ, tunggu family in law pulak datang sbb nak gerak sama-sama ke kenduri doa selamat anak buah in law kat Puchong Perdana. Hari Ahad barulah dapat berehat. Tapi malam td keluar kejap ke Giant Nilai& dapat beli hadiah utk anak-anak birthday parties bulan nie on 17th & 30th nanti. 

AnT dah beli hadiah utk Aqeef & Dani. Harap takde aral lah nanti yer! Nak jumpe Jiha & Afni =D

Layankan bbrp gambar Naurah sepanjang bulan Jun yang lepas yeah!! =)

Ayah lipat baju, dia sebok lipat sapu tangan
Khusyuk. Ayah tegur pon kena marah. Wahaha...
Masa makan kat McD aritu. Bekeng!

Awat buat muke terkejut nih?

Auwww...
Tengok Atok jiran sedang berkebun ker Naurah?
Jangan la cabot!!! =.=

Popular Posts