What The Grrrr....

Weekend lepas memang mengharukan sungguh. Entah kenapa Pejabat Imegresen kat Putrajaya & Kajang tak beroperasi seperti selalunya. Sebab ade perhimpunan Bersih tu ker? Ape kena-mengenanya? What the...grrrr

Sudah ler hari Jumaat tue aku masok website imigresen tapi takde lansung announcement tentang penutupan pejabat diorang on that weekend. Tak ker hampeh tue? =.=

Selalu bekeng pd Cik Anje. Sbb Cik Anje selalu sakat ko kan? Ahaha...

Seb baeklah tak awal sangat kitorang keluar dari rumah. Kira macam takdelah rushing sebab nak buat pasport tue. Sempat lagi Naurah tido seround. Cuma sakit hati jelah takyah citer kan? Huhh

Sebab dah takde arah, pukul 10.10pagi dah terpacak 4 manusia dalam shopping complex The Mines. Bawak Naurah tengok binatang kat Pet Lovers sampai setengah jam. Siap dapat pegang rabbit & hamster kat situ sebab pekerja dia tengah bersihkan cages semua.

Just like me, Naurah selamba jer dok usap-usap semua menatang berbulu tue. Kalo ikot laki aku, jangan harap ler yer. Ahaha. We loves cute animals. Kan Naurah kann? =)

Pastu kami pergi ke Splash Park pulak. Naurah hari tu agak moody. Maklumlah baru baik demam. Yer, syukur Alhamdulillah, on the day we planned to go to An Nur Specialist for further check up on her on & off fever, akhirnya demamnya sudah betul² kebah. Tapi badan masih tak berapa sedap gaknye. Thats y letih melayan ragamnya. Time² macam nielah kesabaran sbg seorang Ibu teruji. Huhu =P

Asal nampak tisu jer nak lap hingus. Walopon hingus sbnrnya tak wujud T_T

Dah penat main², off we go to McD. Belikan Naurah nuggets & milo. Pastu Anje makan double cheese burger. Bestnya jadi orang kurus nih. Takyah nak sekat-sekat napsu makan. Org yang gemok, kenalah sedar diri. Dapat kuis-kuis fries pon dah cukop baek yerp! =.=

Pas makan McD, aku tapau Big Apple Donuts bawak balik ke rumah in law at Semenyih. Rasa macam dah lama gila tak belanja adik-adik ipar kat sana tuh. Kakak ipar nie miskin sket. Rugi sket la korang yerp. Hahaha. Seb baek Anje pon ok jer singgah sana kejap.

Kejap tak kejap sangat lah. Lunch kat sana, pastu petang nak gerak balik dah sebab Anje ade date pulak dengan kawannya. Takpelah asalkan dapat bawah budak kecik tu jumpa kejap orang² belah sana. Memang turn kitorang balik ke sana pon sbnrnya last week. Jadi lah dari tak balik lansung kan?? Heee..

Macam la pandai baca. Yo yo' o jer ko nie Naurah!
Petang semalam aku belek² henpon cikai aku tuh. Sekali nampak ade 1 missed call from Kak Ya. Pd hari Sabtu yerp. Hahaha. Aku memang tak bape peduli sangat ke henpon sejak dah berkahwin & beranak nih. Tu pasal kdg² banyak sms yang tak berbalas & calls yang menjadi missed calls. Bukan sebab takde kredit yerp! Tp kdg² sbb takde kredit jugak. Hihi. Cuma tak selalu jelah =B

So aku pon dgn penuh berhemah, call lah Kak Ya. Awal² jer dah kena bambu sbb amek masa 1 hari nak return call. Wahaha. Nak wat camne kan? Kak Ya cakap this Friday dia nak datang rumah aku. Dia kata dia punya pasport kena renew sebab dah expired. Now I get it. Thats the hikmah kenapa imigresen tutup weekend lepas. Rupanya memang nak kena pergi lagi pon this weekend utk renew pasport Kak Ya tu.

So nampaknya weekend depan nie akan berkunjung ler lagi ke imigresen. Kalo tutup lagi, aku nak mengamok 1 Malaysia. Boleh? hinss...hinsss...(marah nih!)

Aku tak sure Kak Ya memang akan duduk rumah aku sampai hari keberangkatan ke Bangkok atau dia balik Kedah semula & datang lagi. Kak Ya kata kitorang bertolak hari Rabu 20/7. Lho..aku ingat dia cakap on 21/7. Seb baek aku tak apply leave lagik. Memang tunggu itinerary flights dulu sebenarnya. Kak Ya cakap dia dah emel ke aku. Hah? Mane ade aku dapat. Dia kata lagi guna emel lama yang dah aku delete pon akaunnya. Sabo jelah =.=

So hari nie tunggu emel dari dia lah dulu. Dah confirm everything, baru apply leave. Sekian.


Popular Posts