2nd Day at Linggiu

Hwahaha...aku bersiaran lagi di malam hari. Ape takde koje ape aku nie? Hehehe. Memang takde ape pon nak buat kat rumah nie hah. Naurah dah tergolek dok atas katil. Then ape lagi nak buat? Kalo dapat laptop, memang blog ngan fb ajelah yang aku terjah. Taktau ape dah nak godeh ape. Bosan doh!

Kak Ya, Abah n Anje g Tesco Kulai lagi. Tp kali nie sebab nak beli ayam buat lauk raya nanti. Esok might be hari terakhir umat Islam kat Malaysia nie berpuasa. So haruslah bahan2 utk dibuat juadah hari raya dibeli sekarang. Ayam kat Tesco murah gile. Cuma RM3.90 sekilo berbanding RM7.20 kat pasar biasa. Since Tesco Kulai hanya mengambil masa lebih kurang 20minit saja dr rumah kami, makanya kptsn yang bijaksana harus dibuat skrg juga.

Masa diorang nak pegi tadi Naurah kamok2 nak ikot deme. Tp dah malam sgt, aku takot dia tido pastu seusah pulak diorang nk gerak dgn pantas kt sane nanti. Tp since budak tu dah kamok2 cam hape, terpaksa la aku n habi salin baju kunun2 terpaksa pergi jugaklah ke Tesco. Dalam hati sbnrnya kesian jugak kat dak kenit tu dah 2 hari tak kemana. Dok sama2 melepak dgn ibu ngn ayah yang tengah mood berehat. Hehe. Tp baru je naik kete, bdk tu da mintak susu. Bagi menom, 5 minit tgk mata da pejam. Jadinya kami cuma pusing2 dalam Linggiu & terus balik rumah. Jimat minyak kete habi. Haha.

Sbnrnya kami plan nak keluar esok ke bandar Kota Tinggi. Mau bayar duit kereta JHT sblm dikenakan penalti. Sambil usha2 if ada baju yang habi berkenan buat dia pakai utk raya nanti. Baju shirt aje. Aku dah semat dlm hati nak  belikan dia brg sehelai shirt every month. Kesian tgk dia jarang beno beli shirt baru. Mmg shirt dia banyak. Tapi asek ulang2 pakai aje. Macam bosan pulak aku tgk. Asek aku aje yg bertukar baju. Kesian jgk kat habi. So aku pon start buat rules utk diri sndiri utk beli shirt or kemeja utk habi after dapat gaji. Insyallah =)

Skrg tgh tunggu game bola Arsenal Vs Man U kejap lagi. Mak aku dah tertogok depan tv tak nyabo tunggu club feberet dia tuh. Ngalahkan abang ngn laki aku pulak. Haha. Maghrib tadi Abg Eddy dah sampai dr KL. So makin meriah la rumah nie dgn gelagat anak masing2. Tapi esok Lisa & ABAS dah nak balik ke JB semula sbb this year turn raya belah sana pulak.

Ok da takde idea nak merapu ape. Till then...



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat