Aku Yang Khilaf

Semalam yo yo jek aku kunun nak skip nasi bila berbuka & ratah lauk saje. Ini bahana jeles & tiba² rasa tertekan bila geng² kat FB dok update berat terkini after 10 days fasting. Perot tengah lapo. Emosi of course la tengah tak stabil waktu tue.

Dalam kereta on the way balik, dengan niat suci murni, habaq la kat habi plan nak cut the nasi tuh. Ingatkan dia support aku nak buat gitu. Malangnya tak pasal-pasal kena ceramah free. Kui kui. Habi cakap tak payah nak ngada-ngada. Makan je macam biasa. Dia ok jer dengan keadaan fizikal aku yang sekarang. Then kenapa aku nak buat plan kamikaze macam tu pulak? 

Adoi...terkena setepek aku. Then aku pon cool down la dr segala tekanan pasal weight issue nih. Habi suruh bersyukur je eventho turun sikit aje weight aku sejak start puasa hari tue. Jangan cepat terpengaruh dengan orang lain. Dia kata aku nie suka sangat ikot emosi. T_T Yelah yelah. Terima kasih habi sebab menerima diriku seadanya & mengingatkan aku supaya perbetul balik niat berpuasa tuh.

Iyelah. Aku pon rasa aku macam dah menyimpang sikit dari hikmah sebenar Allah perintahkan umat Islam berpuasa pd bulan Ramadhan. Dok asyik fikir nak turunkan berat sajo. Padahal hikmah sebenarnya supaya kita sama-sama merasai kesempitan hidup orang-orang yang tak mampu utk makan waima ada kalanya 1 hari sekali pun. Supaya kita ingat bahawa ramai umat manusia yang terpaksa menahan lapar & dahaga bukan hanya pd bulan Ramadhan. Malah sepanjang tahun. Terutamanya di negara Africa sana macam kat Somalia yang sentiasa mengalami krisis makanan.

Huu...memang insaf lah bila tegur gitu dengan habi T_T Maybe pahala puasa aku sebelum nie dapat sikit aje sebab niat yang sedikit terpesong itu. Tetiba rasa malu pd Allah atas kekhilafan diri sendiri dek kerana selok nak turunkan berat. Aku harap masih tak terlambat utk aku betulkan kembali niat yang hampir terpesong itu. Everytime rasa lapar, dahaga & penat, ingatlah inilah yang dirasakan oleh sesetangah manusia at part of this world saban hari. Tiada istilah kenyang utk mereka selain mengalas perut hanya itu hidup di muka bumi Allah ini.

Alhamdulillah keluarga kecil kami setakat ini masih berjaya mengelakkan pembaziran dari segi makanan utk Ramadhan kali ini. My mom pon ada cerita malam td bila aku call dia tentang my dad puji cara kami yang tidak membazir membeli sebarang kuih muih atau juadah dari bazar. We all totally hanya makan nasi & lauk pauk yang dimasak di rumah di samping kurma & air manis dari kotak. Tersenyum aku mendengar mak cerita Abah cakap macam tue =)

Ok. Betulkan kembali niat & moga Ramadhan kali ini akan terus dilalui dengan penuh kegembiraan & keberkatan dari Allah. Insyallah, amin.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat