Ayam Naurah

Aku, seperti kebiasaanya bila keluar kemana-mana, haruslah cukup haul with habi & Naurah. Sebab selalunya bila keluar berjalan-jalan ber-3 begitu, Naurah memang harus duduk on my lap sajo. Kami takde pon tempat duduk khas utk kanak-kanak tue. Aku asyik berbelah bahagi nak beli sebab takot tak pakai. Dah jadi satu pembaziran. Walaupon sebenarnya semua sedia maklum tak safety if pegang anak macam tue jer, aku macam dah takde choice. 

Naurah pulak dah biasa dari kecik. So, memang meraung la kalo tak dapat duduk dengan aku kat depan tue. Cuma lately dia macam dah big gurl, kadang-kadang berani pulak duduk kat belakang sorang-sorang bertemankan bear yang sebesar dirinya itu. Maybe kalo ade kawan bear tu, kurang sikit rasa unsecured nya itu. Wallahualam.

Dah beberapa kali masa Naurah duduk depan dengan aku, matanya aku tengok pandang ke depan. Tapi mulutnya menyebut perkataan 'ayam' berulang kali. Aku pelik sebab kat atas jalan raya waima di tepi-tepi jalan, lansong tak kelihatan menatang tersebut. So aku & habi macam terpinga-pinga ketidakfahaman kenapa Naurah selok tiba-tiba cakap ayam sedangkan takde ayam lansong pd waktu tue. 

Sebab tak puas hati, 1 hari tue aku pon pandang betol-betol ke anak mata Naurah bila dia sebut ayam. Dan akhirnya aku faham sambil tergelak besar sebelum menerangkan pada habi. Abang, tahu tak nape Naurah asek sebut ayam? Nape? tanya habi. Tue, Abang tengok sticker Liverpool tue. Bukan ke ade gambar burung kat situ. Burung tuelah Naurah dok kata ayam selama nie. 


Hahahhaha....aku & habi memang tak tahan nak gelak. Now we got it. Patotlah tengah malam dalam kereta pon selok dok cakap 'ayam'. Rupanya 'ayam' tue memang sentiasa ada di depan cermin kereta habi tak mengira masa. Macam-macam la ko nie Naurah. Ibu ingat ko kenan dengan perkataan ayam. Keh kehh...

p/s: pagi nie kena attend Tan Sri Mustapha Kamal talk kat PJ. Jap lagi nak gerak dah. Aku menumpang kereta orang aje. Hihi...By tengahari balik sini dah kot. Insyallah. See ya =)



Popular Posts