I Am a Hot Blogger Mommy


Hamboih. Mentang-mentang baru je amek baju T Naurah bertulis My Mommy is Hot Blogger Mom, teros buat tajok entry tajuk itu yerp? Orang lain dah basi dah tayang anak pakai baju tue. Aku baru hari nie amek kat tangan orang. Hak hak. Apa-apa pon muchos gracias to Jue Rayyan, Ann Ilias & Yuliana a.k.a Evyn yerp! Jasa kalian akan ku kenang sampai hujung nyawa. Insyallah =)

Tajuk entry bukan nak cerita tentang perihal baju T tu yer kawan-kawan. Ini cerita pasal aku. Tentang kejadian yang baru saja berlaku beberapa minit yang lepas. Balik je dari amek baju T kat Evyn tadi, aku pon lenggang kangkong teroslah masok Surau utk menunaikan Solat Zohor. Masok-masok jer nampak Kak Niza tengah mengaji. Pastu ada Kak Fatimah Sales Consultant tengah betul-betulkan tudungnya depan cermin besar.

Kak Fatimah nampak aku, kami pon berbalas senyuman. Tiba-tiba dia kata ' Amboi..tadi ada orang berkenan dekat awak...' Aku pon like 'hahhhh????' Berkenan apanya nie kak? Dia pon bercerita lah. Katanya tadi ada purchaser dia datang kat Sales Gallery depan tu. Tengah nyembang dengan Kak Fatimah tu, aku pon kebetulan lalu menuju ke main office. Mamat tu nampak jer aku, dia kata berkenan ker aku. =.=

Kak Fatimah cecepat la cakap tak boleh yang itu sebab dah berkahwin dah. Hiss..seb baek Kak Fatimah cakap hal yang sebenar. Tak tersangka pulak aku masih ada lagi orang yang berkenan kat Ibu Gajah macam aku nie yerp? Shape dah sah-sah nan ado. Lemak kat perot dok menggelebeh dgn strech marks maha dahsyat. Pakai baju kalo tiup angin memang sah-sah tak dapek nak cover weh! =.= (hari nie x pakai PB lagi =p)

Aku fikir maybe lelaki tu suka perempuan yang gajah cam aku ni kot. Hahaha. Taste orang kan beza-beza. Kalo tak berbeza, kesianlah kat orang-orang yang spesis rangka besor mcm aku ni hah. Jadi andartu berjuta-juta orang. Sadis you! T_T

Maybe juga itu aura dari baju T blogger tu kot. Wahahaha. Walopon xboleh diterima pakai tulisan atas baju tue, auranya mungkin sudah melekat pd diri aku. Woww!! I like =D (perasan tak salah =p)

Apa-apa pon sempat Kak Fatimah berbisik yang lelaki tu sudah mempunyai isteri. Sekarang sedang mencari calon isteri kedua. Tetibe aku terbayangkan lelaki tua seperti Abah aku. Teros rasa down balik pasal skrg dah jadi hot blogger mommy T_T Taste atok orang rupanya. Purchaser yang kaya raya memang ramai orang yang dah berumur pon kan? =.=




Popular Posts