Katil Naurah


Nah! Inilah katil Naurah yang aku beli 2nd hand dari Kak Ros at JuaiMurah tuh. Asal masih boleh digunakan, aku beli ajelah ikot kemampuan yang ada. Nak tunggu beli yang baru, entah bila baru dapat pisah tido dengan anak dara aku tuh. Huhuh. Regenya dah tak hengat..keh kehhh..tp affordable la utk aku =p


Sejak ada katil asing nih, syok sikit takyah nak bersempit-sempit tido bertiga atas katil queen tuh. Kalo tak, Naurah tu dah ler tido boleh tahan lasak. Tau-tau jer mesti dah melintang tengah-tengah kami tuh. Sipi-sipi lagi aku nak jatuh atas lantai. Habi pulak dah tido mengiring sampai nak naik ke dinding aku tengok. Hahaha. Kelakar. Seb baek itu dah jadi cerita dolu-dolu jer sekarang.

Cuma sekali sekala bila Naurah terkejut dalam pukul 4-5 pagi utk minum susu, aku tidokan dia atas katil dengan aku jugak. Supaya bila dia bangun nanti, muka pertama yang dia nampak adalah muka kedua ibu bapanya. Barulah afdhol. Ye ker? Keh kehh =p Memandai aku jek...


Aman sejahtera aje bile tengok muka anak tengah tido. Wajah suci tanpa dosa. I like =) Bantal yang Naurah buat tido nie adalah bantal bushuk aku kalo korang nak tau. Dekat 11 tahun dah bantal nie ada bersama-sama dengan aku. Sangat suka baunya. Aku ingat nak perturunkan bantal nie pd Naurah pulak. Buat macam bantal peninggalan turun temurun. Syok jugak kann? Ahahha...


Dok tunggu Naurah bangun tido sebab nak balik rumah MIL, akhirnya aku pon terlelap sama. Dapatlah lelap mata dalam 10 minit. Jadi lah tue. Balik rumah MIL, masuk je rumah ada bau cat. Wahh...cat baru sempena Raya ke mak? Masok dapur pulak nampak meja makan baru yang sangat menarik. Well, regenya pon agak menarik jugak. Tak termasuk dalam kemampuan aku & habi T_T huk huk..


Naurah pon merasmikan meja makan baru MIL dengan duduk di atas meja. Terbaek la ko Naurah! =.=


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat