Mak & Raya Deco


Pagi tadi dalam pukul 10 mak aku called dr kampong. Malam td dah call. Selok sungguh mak aku nie asek call aku jer. Best sgt kot ckp ngn aku kan? Maybe boleh terbit buku novel Siri Bercakap Dengan Rena..kah kahhh

Ok. Back to the topic. Mak aku la selok guna phone baru kat rumah sane tu sekarang. Telepon wireless boleh bwk ganggang sampai ke dapur. Suke lah mak aku tak payah nak lari-lari g kat ruang tamu depan kalo phone berbunyik. Kiranya tadi dia call aku tu kunun macam nak try test lagi sekali la after malam tadi.

Malam td dengan bantuan kakak aku katanya. Pagi tadi dia cuba sendiri. Excited sunggoh dengar suara aku angkat call. Hai lah mak aku...Gitulah orang dah tua tinggal berdua saje kat rumah besar. Takde koje gamaknya. Keh kehhh...

Tapi ada 1 ayat dari mak aku yang terkesan kat hati aku. Dia kata dia suka call aku sebab aku senang nak angkat call dari dia. Yang lain tu payoh sket katanya. Ohh..teros kembang rasa hidong aku di bulan pose yang mulia nih. Hak hak. Its like an honor to me on hearing that sentences from you Mak! Eventho kite nie taklah banyak mane berbakti pada Mak ngan Abah, at least kite senang utk di hubungi. Senang utk Mak bawak bersembang entah apa-apa tue yerp.

Aku memang rajin melayan call dari emak. Yang lain-lain tu bukan ape, diorang keje hebat-hebat. Mane lah banyak masa macam aku yang keje senang ni hah. Hehe. Kejap kang meeting, kejap kang discussions. Itu semua adik beradik aku yang lain ler. Aku jer yang selalunya setia berada di meja opis ni hah. Paling kuat g sembang kat main office dgn receptionist. Takpon g solat. Takpon g toilet. Dan henpon mmg sllu bwk ke hulu hilir sbb dlm pouch henpon tu aku letak access card nak masok opis. So mmg kena bawak ler bile kuar opis. Kalo x buat gitu, henpon mmg aku tinggal je dlm handbag macam takde function. Huhu.
 
Aku tengah selok fikir nak deco rumah aku utk Raya bulan depan nih. Udah ler tak bertukar langsir. Macam tak ceria aje kalo takde perubahan deco sempena Raya sok. Tapi bile dah dapat idea, masalah lain pulak yg timbul. Nyampas taw! T_T Ape pon aku usahakan la jugak utk deco nih. Aku terbayang IKEA aje kalo fikir pasal deco² nih. Weekend ni shopping kat sane boleh tak habi? Kat sane macam² ada kan? I'm thinking of floor lamp, curtains, rugs & armchair. Duit ade tak? Errr...keh kehhh =p


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat