Nasi Ayam Semalam

gambar ihsan google. tp lebih kurang ginilah rupa nasi ayam aku semalam. aku suke nasinya kaler kuning hihi. letak serbuk kunyit aje kat stok ayam buat masak nasi tuh. settled.

Ok. Hari nie aku betol² takde idea nak merepek ape dalam blog nie. Hehe =p

Oleh sebab itu, aku nak update pasal aku masak Nasi Ayam utk lauk berbuka & sahur pagi tadi. Bulan ramadhan tahun ini, kerja memasak di dapur adalah bersama-sama dengan habi. Kerjasama gitu. Hihi. My habi memang suka & pandai memasak. Kadang² aku rasa dia tu cam menyebok aje sebab susah aku nak bergerak bebas kesana sini. Tapi bila fikir² balik, buat sesuatu perkara bersama-sama suami isteri nih rasanya bagus dalam Islam. Nampak kesepakatan & tolong menolong gitu. So, since dah 2 years+ berkahwin bersama, aku pon redho ajelah dengan penyebokkan diri habi kat dapur yang kecik tuh.

Sometimes kalo aku penat sangat, memang aku soh habi aje yang take over memasak. Dia selalunya ok aje. Syukur dapat suami yang ringan tulang. Dapatlah aku jadi malas & kompol lemak banyak-banyak kan? Cis. Cara memasak kami berbeza. Habi as usual lebih teliti & ambil masa lama utk memasak satu-satu hidangan. Aku pulak jenis macam lipas kudung bila memasak. Campak sana sini, siap! Kejap aje dah settled. Tapi aku rasa dari segi rasa, aku masak lagi sedap kot. Keh kehh. Sebab habi dia kurang rasa sikit bila memasak. Pada aku masakan dia plain & tawar. Dia kurang guna perasa. Aku pulak jenis suka macam-macam rasa ada. Itulah beza masakan kami.

Nasi Ayam yang kami sama-sama masak semalam adalah berdasarkan resipi dari Mat Gebu. Sempat aku print out sebelum balik sebagai rujukan. Hasilnya adalah sedap. Walau ada beberapa bahan yang tak cukup, at least adik aku makan sampai licin la pinggan dia. Haha. Sekali sekala masak masakan yang ada theme nie syok jugak kan? Yelah, kalo dah jenis masak hari-hari, kdg² sampai dah tak tahu nak masak ape dah. Balik-balik ulang yang sama aje. Boring oh!

Untuk menu berbuka puasa hari nie, I'm thinking of ikan caru bakar, telur dadar, sambal kicap & kacang buncis goreng. Simple tapi boleh bikin tambah nasi 3 kali. Keh kehh =p



Popular Posts