Ragam Anak

Bertitik tolak dengan entry aku pagi tadi, disebabkan budak Naurah tu semakin hari semakin nakal, merasa lah aku pagi tadi lepas sahur menggosok baju tangan sebelah sambil tgn sebelah lagi mendokong ke anak. 8kg+ tu weh!! Kalo hari² itu macam, nampak gaya ade muscle lah lengan aku ni sok-sok. Hahaha....

Gile payoh menggosok baju dgn 1 tangan weh. Buat aku insap sekejap bila terfikir orang yang memang Allah kurniakan dengan 1 tangan sahaja. Nikmatnya jadi manusia yang cukup sifat nie kan? Eventho rupa segala sifat yang cukup itu tidaklah sesempurna mana, at least semuanya berfungsi dengan sangat baik bukan? Alhamdulillah.

Sebelom aku mendukung si kecik tu sebelah tangan, boleh tak dia pegi masok bawah papan iron tu pastu terselit kat tengah-tengah antara kaki iron board tu hah. Pastu menangis tak boleh keluar. Yang pandai-pandai masok nyelit situ ape kes? Ade aku suroh ker? Haiyohh...

Sebelom tue lagi lawak. Boleh tak dia pegi amek panties dia yg cute² tu g masok atas kepala. Nampak mata jer dua dari celah masok kaki kat spenda tu. Aku punya gelak rase cam nak guling² bila nampak. Teros benti kejap iron baju, dukung dia & tunjuk kat habi yg tengah sedap landing atas katil perangai baru anak daranya tuh. Dalam mamai², tersengih la jugak laki aku tue. Hahaha...Naurah boleh pulak senyum² aje time tue..=p

Nak snap amek gambo henpon kat ground floor pulak. Malas nak amek hihi...

Anak memang pandai & cepat buat kita berubah emosi. Sekejap rasa nak marah, sekejap nak ketawa, kejap kang rasa nak menangis. Anaklah racun, anaklah penawar =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat