Ramadhan Kali Ini

gugel ajelah. aku x betah nk snap gambo masakan aku. tak minat hehe...

At last. Semalam berjaya jugak aku masak Mee Bandung sebagai juadah iftar keluarga kecik kami. Disebabkan aku agak malas, maka aku dah siap beli paste nya berjenama Anami ker Adami ker...cehh..tak hengat pulak =.= Masa tu tak kisah la jenama apa asal ada paste. Kaut je mana yang nampak tulis perencah mee bandung. Makanya bila memasak semalam, harapan mee yang terhasil utk menjadi sangat lazat tidaklah begitu tinggi melangit. Asal ada rasa macam mee bandung sudah!

Aku improvised la sikit resipi guide dekat belakang perencah segera tu. Bawang merah & putih diblender halus & ditumis. Kemudian masukkan paste mee bandung, tambah air & biar mendidih. Setelah mendidih, masukkan daging, udang & sotong. Bila semuanya nampak dah masak, masukkan kentang lenyek utk memekatkan kuah. Bila nampak semuanya dah sebati, masukkan telur 3 biji. Tunggu sekejap, then baru kacau pelan-pelan. Aku taknak bagi kuning telur pecah. Hehe.

Kacau pelan-pelan, dah sebati semuanya, masukkan pula sayur sawi, tomato & bahan perasa. Kacau dalam 1  minit, tutup api, settled. Masak air dalam kettle, celur mee kuning, masok dalam mangkuk. Settled. Bau kuah mee memang menusuk hidung. Maklumlah ada udang kering. Semerbak sungguh baunya. Bila masing-masing dah mengadap 2 mangkuk besar atas meja, cecepat aku cakap tak tahulah apa rasa mee nie yer. Bergantung pd paste.

Bila aku cicip aje kuah mee bandung dekat sudu, terus bersinar-sinar biji mata. Sedappp!!!! =D Tak tahulah sebab paste memang best atau air tangan aku yg membuatkannya lazat. Kekeke. Seronok tengok habi bertambah kuahnya & adik pulak makan dengan laju. Kepuasan bila memasak ialah bila segala masakan dinikmati dengan penuh konsentrasi & habis licin. Tapi kalo tak licin pon jgn lah ambil hati sangat yerp. Maybe portion hidangan yang besar tak padan dengan portion ruangan perot utk menampung segala makanan. Think +ve okeh! =)

Disebabkan habi masih nak makan nasi waktu bersahur, makanya pagi td aku cuma goreng telur sebiji sorang. Ada lebihan lauk dalam peti ais hasil masakan bbrp hari lepas yang terkumpul, aku panaskan semula. Sikit-sikit saje tp cukuplah utk buat lauk sahur. Ada ikan goreng 2 ketul, terung kari bbrp potong & seketul ayam masak kicap. Jadinya stok lauk lebihan sudah pun clear.

Aku sangat suka Ramadhan kali nie sbb kami tak pernah lagi ke bazar utk beli apa-apa juadah pun. Makanya pembaziran makanan adalah pd tahap minima & langkah berjimat cermat berjaya diamalkan. Bravo Sharena! Bravo Izhar!! Gambate ne!!!! =D



Popular Posts