Sedih Menjelang Raya

Seriau sungguh bila time hari raya dah menjelang tiba, macam-macam berita yang tak best aku dengar & nampak. Pertamanya bila nampak kereta-kereta yang tersadai kat tepi jalan kerana kemalangan. Nak raya nie kan banyak pakai duit. Dah kereta jadi remuk sana-sini, takkan nak balik beraya dgn keadaan kereta macam tu? Kalo belum kawen ok lagi la. Tapi kalo yang ada anak 4-5 orang tu acane pulak? Tiket bas pon belom tentu ada lagi sekarang nie. Sayu aje aku tengok kalo terserempak kat mana-mana jalan dgn kereta yang baru eksiden nih.

Itu kalo dilihat dari sudut kewangan. Dari sudut nyawa pulak, lagilah ngeri aku nak bercerita kat sini weh. Untung kalo tak cedera mana-mana or hilang nyawa. Itu pon dah cukup bersyukur. Dugaan.

Baru tadi dapat berita pasal budak maintenance building manager kami rumahnya terbakar habis di kampung area Gombak nun. Tinggal sehelai sepinggang sudah. Dah tak berapa hari je lagi nak berhari raya kan? Sedihnya rasa bila dengar berita-berita macam nie. Tak dapat nak gambarkan perasaan orang yang mengalaminya sendiri macam mana.

Begitu juga apabila membaca blog ibu yang kehilangan anaknya di saat raya bakal menjelang tiba. Semuanya menimbulkan lebih keinsafan pada diri aku. Tentang betapa bernasib baiknya aku pada ketika ini, waktu ini. Bila hati memberontak  tak dapat tukar langsir raya baru, beli kuih-muih yang banyak & baju raya berpasang-pasang, teringat akan mereka-mereka yang tak berkemampuan. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu menyambut hari raya semeriah kita yang mampu nih.

Makanya aku rasa insaf & bersyukur dgn apa yang ada. Tak mahu sudah buat muka cuka sbb langsir tak bertukar & deco rumah yang sedia ada saja. Redho atas apa yang ada saja. At least Naurah & suami masih ada beraya bersama-sama dengan aku. Rumah masih tetap ada selepas pulang ke kampung nanti (Insyallah). Kuih raya pon sudah ada 3-4 jenis. Baju baru sempena hari raya dah ada 2 pasang. Cukuplah semua tu Sharena oii!!

Bila kita rasa susah, ingatlah ada ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Moga Allah rahmati & berkati kami sekeluarga. Juga kepada anda para pembaca sekalian. Amin.

p/s: dah fwd emel pd semua staff kat sini utk kutipan derma ikhlas pd keluarga mangsa kebakaran.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat