Tade Mood

Hari nie aku betol² rasa takde mood nak menulis weh! Betol² rasa monday blues sungguh. Sampai² opis jer teros² search kat youtube video clip lagu Kisah Hati from Alyah. Penangan dari drama Stanza Cinta malam tadi. Dok ulang berkali-kali sampai rasa nak muntah nanti baru berhenti. Hehe.

So bile dah takde mood nak menulis dlm blog, aku pon merajinkan diri mengupload gambo trip ke Bangkok for Part II di muka buku. Settled.

Sabtu lepas balik rumah in law berbuka sehari kat sana. Tido semalam & sahur. Tengahari balik semula ke BBST. Beli belah kat Mydin & Zemart. Stok lauk utk seminggu. Settled.

Ohh..mase tido kat rumah in law, akhirnya dapat jugak aku tgk filem Harry Potter yang terakhir =) Penuh aksi. Ending pon best. Tengok midnight punye kat Jusco Cheras Selatan. Aim nak tengok Transformers 3 pulak this weekend. Itu pon kalo ade lagi tayangannya. Hak hak =p

Menu berbuka semalam ialah sipot sedot masak lemak cili padi, ikan selang kuning goreng, begedil & kangkung masak tauchu. Seronok tengok habi makan banyak =) Eventho first time sejak kawen aku masak sipot sedot, Alhamdulillah sedap aje rasanya. Sama je mcm masak lemak cili padi yang lain. Memasak adalah 1 kerja rumah yang sangat mudah bagi aku. I like. Hihi.

Hari nie aku rasa cam nak masak Mee Bandung. Dah beli pastenya semalam. Bahan-bahan pon semua dah ada. At least lain sikit la dari menu nasi. Tapi tetap nak kena masak nasi utk sahur punya. Tak tahan ohh kalo x makan nasi waktu sahur. Keh kehh =p

Habi cakap weekend nie ayah & mak ajak g shopping baju raya kat Sogo. Nak belanja Naurah punya baju bajan raya katanya. Macam termasok aku & habi sekali jer tue...hahahha...I like =p




Popular Posts