Versi 2010

Di majlis berbuka tahun 2010. Naurah berusia 6 bulan waktu nie. Hehehe.

Maybe ramai yang hari nie merupakan hari terakhir bekerja sebelum mula bercuti pada hari esok. For me & most of my colleagues, esok merupakan hari terakhir. Cuma sorang saja yang dah mula bercuti sejak hari Selasa lepas. Makanya takdelah rasa sedih sangat aku kat sini. Hehe.

Hari nie ada majlis berbuka puasa dengan company habi kat hotel sebelah nie hah. Diorang memang tiap-tiap tahun  buat majlis macam nie. Paling best sebab boleh bawak ahli keluarga. Masa tuelah nak kenal-kenal dengan wife/husband/childrens masing-masing. Bagus kan? Department aku takde buat pon. Kalo nak ikotkan sebenarnya memang boleh sangat. Tapi sebab bos aku tu cam poyo sikit, makanya takdelah buat. Hurmm =.=

Version dengan habi.

Pasal plan aku nak balik sebelum berbuka puasa esok, Alhamdulillah habi bagi green light =D Cuma dia kata malam nie kena bawak turun beg baju siap-siap ke bawah & segala khazanah yang nak dibawa balik ke Johor. Bermakna bila sampai je rumah after balik kerja, zasss semua orang terus mandi & bersiap. Singgah beli makanan tapau kejap, top up touch n go kat Petronas & off we go to south. Habi cakap maybe we have to stop at RnR Ayer Keroh utk berbuka. Insyallah.

Aku rasa Naurah mesti happy giler dapat balik Johor. Entah-enthah budak tu terpinga-pinga pulak bila sampai sana sebab dah lama sangat tak balik. Almost 3 months ok!!! T_T Hanya Allah yang tahu betapa rindunya hati aku nak balik kesana.

Aku cuma tahu Kak Ya je yang akan balik kesana sama dgn aku iaitu hari esok. Yang lain-lain aku tak pasti. Kakak sulung aku memang every year beraya kat rumah in lawnya di Paroi. Time aku nak balik ke Semenyih barulah dia hegeh-hegeh nak balik Johor. So maybe tak bersua muka la kami nanti. Abang aku pulak selalunya memang akan beraya di Johor dulu setiap tahun. Sebabnya in law dia selalu balik ke Perak. Wife Abang aku pon tak mahu balik ke sana. Tapi tak tahulah this year macam mana. Harapnya masih di Johor juga lah.

Adik aku yang kat JB pulak maybe akan beraya di sana dulu. Then baru balik rumah aku sbb last year dia beraya kat rumah parents aku dulu. Tak tahulah sistem apa yg diorang suami isteri guna pakai ttg giliran balik kampong time hari raya nih. 

Tahun nie aku nak ajo laki aku anyam ketupat. Aku selalu kerek dengan dia pasal aku reti anyam tapi dia tak pandai. Hehehe. Tak pandai sebab kat rumah dia takde buat ketupat. Tak best kan? Kui kui. Aku tetap rasa sambutan hari raya aidilfitri lebih meriah di rumah parents aku dr rumah in law. Makanan pon lebih bervariasi. Hahaha. Bab makan jugak yang aku highlight kan? Tapi rumah in law ada juga keistimewaan yang lain. Mana-mana rumah pon aku tetap akan seronok. Tak pernah ada drama lelehan airmata sebab aku nie hati kering kata Mak aku. Wahaha =B

Hati kering tue 1 sudut aje, di sudut yang lain ada beberapa taman tau! Hahaha...


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat