4 Months + Only


Ishkhh..bile tengok ticker countdown birthday Naurah yang ke-2 tahun, tinggal 4 bulan lebih jer lagi u olls nak sampai ke tarikh keramat 18.2.2012 tuh. Tetibe aku gelabah ayam. Nak buat celebration best-bestkah kali ini? Tarikh keramat itu jatuh pada hari Sabtu. Molek benar kalo nak buat birthday party nih. Bleh la mek kontan plan awal-awal nak meraikan bersama. Hehehe. Maka tak timbul suda kes jeles-menjeles spt dalam kes-kes yang lepas. Tak gitu? =p

Sejak boleh dikatakan berjaya dgn jayanya buat Open House Raya 2011 pd Sabtu lepas, aku rasa agak kompiden nak buat majlis yang beso-beso sket. Eventho bertungkus lumus dgn habi sahaja, dia memanglah tersangat boleh diharap. Cuma kena doa mood habi tak poyo macam hari Jumaat sebelum hari kejadian lepas. Kalo tak sabar, mmg boleh buat perang dunia ke-2 meletus. Asal aku tanya jer, nak naik suara. Ntah hape kena aku pon tak tau. Angin kus-kus sudah mari. Seb baek lepas Maghrib dia dah ok. Itu pon lepas spek kena patah dgn Norah Jones. Wakaka. Baru nak insaf yer lepas kejadian tu?

Aku eventho hangin tengok perangai habi, dgn penuh sabar membalut kaki spek yg patah tu dgn salotape. At least boleh pakai. Kalo xde spek, laki ku boleh lah dikategorikan sbg separuh buta. Power spek bukan sikit-sikit. Family habi kan semuanya pakai spek. Dahsyat betol. Tak jaga mata ke deme nie eh? Ker penyakit keturunan? Tak pernah dgr lak aku rabun nie penyakit keturunan. Hehehe. Lantok situ. Aku hrp Naurah tak ikot gen keturunan habi. Ikot Ibu je sudah. Rabun ayam tak masalah sangat =p

Ok. Tetibe lari tajuk jauh giler. Sowi yer.

Aku & habi nie bukannya berduit sangat sbnrnya. Gaji kami kdg2 tu memang cukup-cukup jelah stp bulan tue. Kdg2 mmg sesak habis pon pernah jadi. Tapi bab suka menjamu orang nie mmg dah jadi darah daging diri aku la. Maybe turun dr penyakit mak aku kot. Family aku kan mmg jenis suka makan. We appreciate foods very much. Maybe sbb dulu kami memang org susah. Makan pon bercatu since adik beradik ramai. Tp bila masing-masing dah berkemampuan, kami tak lupa pd yg memerlukan. Kalo panggil org kampong datang, kompem masak pon nak sedap-sedap. Sbb tu org kampong suke dtg kalo ada kenduri rumah kitorang kot. Hehe.

Abah aku punya perangai pon lebih kurang aje. Suke benor belanja kawan-kawan bile ngeteh kat kedai kopi. Sampai mak aku pon pernah bising-bising dulu. Ini kisah masa aku kecik-kecik ler. Zaman sekolah rendah. Sbbnya dok belanja kawan ngeteh, anak-anak takde duit belanja bwk g sekolah. Tak ke sedih tu? Hihi.

Itu cerita ttg camne aku bleh jd org yg suka menjamu org makan la. Syukur jugak sbb dapat suami yang memahami isteri. Habi takdelah selok sgt mcm aku. Tapi dia tidak la juga berbantah-bantah dgn segala rancangan aku. Asal ada ongkosnya, jalan saja katanya. Bab ongkos nie kan, korang pecaye tak aku sanggup keluar duit savings utk buat makan-makan? Kalo tak pecaye, sila pecaya. Hehe. Sampai gitu sekali selok nya aku suke menjamu org makan. Cumanya tidaklah dibuat selalu yerp! Setahun sekali dua tak ada salahnya.

Aku percaya yang the more that u give, the more u will get back. Rasulullah SAW pon suka kalo umatnya suka memberi dari hanya suka menerima. Tangan yang diatas lebih baik drp tangan yg dibawah. Tak gitu? Jadinya aku rasa tak salah kalau aku berkongsi kemampuan yang sedikit itu dgn family & kawan-kawan sekalian. Sama-samalah kita merasa yerp! =)

Berbalik tentang birthday party Naurah yg ke-2 tahun nanti, aku masih blm ada kata putus. Ada rezeki lebih, Insyallah buat lebih better dr this year. If ongkos ngak ada, celebrate dgn family terdekat ajelah. Gitu! Yang pastinya kek kena ada. Buat amek gambo every year. Bg Naurah tgk Ibu & Ayah tak lupa hari kelahirannya sama spt kami tak lupa stp kali hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW saban tahun. Insyallah.

Tahun nie bwk Naurah main-main kat Critter Land. Next year nak main-main kat mana pula yerp?



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat